AirAsia kongsi kegembiraan perayaan bersama golongan miskin dan gelandangan

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2018 – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail bersama pasukan pengurusan atasan syarikat dan Allstars (staf) mengedar bungkusan makanan dan kepada golongan miskin bandar dan gelandangan di Kuala Lumpur semalam dengan semangat berkongsi kegembiraan sempena menyambut musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kanak-kanak kelihatan riang menerima duit raya sementara mereka yang lain menikmati gula kapas, bertih jagung muffin pisang coklat yang merupakan menu Santan AirAsia selain daripada makanan yang dibungkus oleh syarikat penerbangan tambang rendah ini serta sesi nyanyian lagu Hari Raya.

Ia merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab social korprat AirAsia X sepanjang tahun bersama dengan organisasi bukan kerajaan, Need to Feed the Need (NFN) dalam usaha membantu golongan gelandangan dan miskin Bandar di Kuala Lumpur.