AirAsia bekerjasama dengan Palantir sebagai rakan strategik data sains

SEPANG, 9 Ogos 2018 - Kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami akan bekerjasama dengan Palantir sebagai rakan strategik dalam data sains.

Palantir, sebuah syarikat yang beroperasi di Palo Alto, California merupakan pakar dalam analisis data dan akan bekerjasama dengan AirAsia bagi menjalankan projek data sains di platform mereka untuk fungsi perniagaan kami dalam tempoh lima tahun akan datang.

Fungsi-fungsi ini merangkumi pengalaman para tetamu, jualan dalam penerbangan, pendapatan, kewangan, keselamatan, operasi penerbangan, perancangan rangkaian, kargo, pengurusan rantaian bekalan, pembangunan komersial dan kakitangan.

Selain itu, projek yang akan dijalankan termasuklah membina model yang menyokong data pelanggan, meningkatkan kecekapan di seluruh operasi kami seperti dalam pengurusan perolehan dan inventori serta menyediakan latihan teknikal dan analisis untuk kakitangan Allstars kami.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Data adalah aset terbesar kami. Tetapi, data tidak bermakna jika ia tidak difahami. Di sinilah kami memerlukan Palantir - untuk membantu memahami data dan hubungan di antara mereka, dari segi operasi hingga komersial kepada pengalaman para tetamu.

“Ini membolehkan kami memacu ke arah pertumbuhan yang lebih tinggi apabila kami beralih ke tahap seterusnya. Kami akan menetapkan standard bagaimana syarikat penerbangan menggunakan data mereka untuk meningkatkan keuntungan - seterusnya mensasarkan peningkatan sebanyak 5 peratus bagi pendapatan dalam kumpulan syarikat - mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan dan mencipta pengalaman peribadi untuk para tetamu. Justeru, kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Palantir sebagai kami rakan strategik kami.”

Ketua Pegawai Eksekutif Palantir dan Pengasas Bersama Syarikat Alex Karp berkata, “AirAsia sememangnya berada di barisan hadapan inovasi dalam penerbangan. Tan Sri Tony Fernandes telah membina sebuah organisasi yang penting dalam industri ini, dan kami amat bangga untuk bekerjasama dengan AirAsia.”

News, Malaysia, EnglishM ASEPANG