AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia di Majlis Anugerah World Travel Awards Asia dan Australasia

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong dan Macao Celia Lao dengan anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia di World Travel Awards Asia dan Australia 2018

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong dan Macao Celia Lao dengan anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia di World Travel Awards Asia dan Australia 2018

 

SEPANG, 4 September 2018 - AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia buat kali keenam di World Travel Award Asia dan Australasia 2018.  

Syarikat penerbangan ini telah menerima undian tertinggi daripada para pemain industri profesional dari seluruh dunia bagi kecemerlangan komitmen dalam perkhidmatan, mendahului Air India Express, Firefly, GoAir, JetKonnect, JetStar Airways, Lucky Air, Nok Air, Scoot, SpiceJet, Tigerair Taiwan dan West Air.

AirAsia juga memenangi anugerah Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia mengatasi Air India Express, Firefly, GoAir, JetKonnect, Jetstar Airways, Lucky Air, Nok Air, SpiceJet dan West Air.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao Celia Lao menerima anugerah-anugerah itu bagi pihak AirAsia di majlis berprestij yang diadakan di InterContinental Grand Standford di Hong Kong semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kami teruja untuk menerima anugerah-anugerah ini. Kami telah bekerja keras dalam menaiktarafkan perkhidmatan untuk para tetamu kami melalui digitalisasi, bermula dari proses daftar masuk dan menaiki penerbangan hingga ke tempahan dalam talian dan perkhidmatan tetamu, serta terus mengekalkan hospitaliti Asean yang unik. Pengiktirafan ini melambangkan usaha berterusan kami dalam menetapkan piawaian bagi perjalanan tambang rendah di rantau ini.”  

World Travel Awards merupakan salah satu anugerah yang paling berprestij, komprehensif dan diingini oleh industri global dan pelancongan.

Ditubuhkan pada tahun 1993 untuk mengiktiraf, memberi ganjaran dan meraikan kecemerlangan dalam semua sektor industri perjalanan, pelancongan dan hospitaliti, jenama World Travel Awards kini diiktiraf di peringkat global sebagai anugerah utama bagi kecemerlangan industri.

Malaysia, News, EnglishM ASEPANG