AirAsia Lancar Laluan dari KL - Tokyo Narita
Perkhidmatan Kuala Lumpur ke Tokyo - Narita akan bermula dari 20 November*
Tambang promosi termasuk semua bagi ahli AirAsia BIG dari RM199* sehala
SEPANG, 20 Ogos 2019 - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail hari ini mengumumkan laluan baharu antara Kuala Lumpur dan Tokyo - Narita menerusi akaun Instagram beliau (@BenyaminIsmail).
Benyamin berkata “Tetamu kami kini boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo, Jepun, sama ada menerusi Lapangan Terbang Narita atau Haneda, memberikan mereka lebih fleksibiliti dalam pemilihan waktu dan hubungan penerbangan.”
“Perkhidmatan ini adalah hasil dari permintaan penumpang dan sebelum bermula tahun yang gilang gemilang buat pelancongan Tokyo tahun 2020”
“Beroperasi dari dua lapangan terbang di Tokyo dengan waktu penerbangan yang berbeza juga akan mempromosi penumpang Fly-Thru dari bandar-bandar lain dalam jaringan hubungan global kami, pada masa yang sama memberi rakyat Malaysia lebih banyak pilihan penerbangan ke ibu negara dan bandar terbesar Jepun ini.”
“Kami berbesar hati untuk menawarkan tambang promosi ke Tokyo-Narita dari serendah RM199** bagi merangsang permintaan serantau. Tambang promosi sempena pelancaran ini tersedia untuk minggu ini sahaja, jadi dapatkan segera sebelum habis,” tambah Benyamin.
Dalam video pengumuman itu, turut diumumkan adalah tambang promosi dari Kuala Lumpur ke Tokyo-Narita buat ahli AirAsia BIG dari Kuala Lumpur ke Tokyo - Narita akan dijual pada harga serendah RM199* sehala bagi tempat duduk biasa dan tersedia untuk tempahan dari sekarang hingga 25 Ogos 2019 di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia, untuk perjalanan antara 20 Nov 2019* dan 28 Mac 2020. Tempat Duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah pula dijual pada tambang RM999* sehala bagi tempoh tempahan dan perjalanan yang sama.
AirAsia pada masa ini mengoperasi penerbangan tujuh kali seminggu antara Kuala Lumpur dan Tokyo - Haneda, serta 21 kali seminggu antara Bangkok - Don Mueang dan Tokyo - Narita.
Penerbangan empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Tokyo - Narita akan bermula pada 20 November 2019* akan membawa kapasiti sebanyak 156,000 tambahan tempat duduk pelancong menerusi Lapangan Terbang Narita Airport setahun.
Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).