AirAsia meluaskan rangkaian Pulau Pinang dengan penerbangan terus baharu ke Chengdu, China

PENCTU Launch KV - English.jpg

SEPANG, 10 Januari 2020 - Para pelancong yang terbang dari pintu masuk utara Malaysia, Pulau Pinang, kini boleh menikmati pilihan destinasi baharu dengan AirAsia ke Chengdu, ibu kota Wilayah Sichuan, China.

Penerbangan terus baharu ini beroperasi sebanyak tiga kali seminggu bermula pada 8 Mac 2020 dan akan menjadi laluan udara eksklusif yang menghubungkan Pulau Mutiara ke Wilayah Sichuan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata: "Kami teruja untuk mengumumkan laluan baharu pertama pada tahun ini, sempena mengalu-alukan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Tahun Melawat Pulau Pinang 2020. Pulau Pinang adalah salah satu hab terbesar kami di Semenanjung Malaysia dan kami telah menerbangkan seramai lebih daripada 2.4 juta tetamu pada tahun lepas. Ini adalah laluan pertama kami dari Pulau Pinang ke Tanah Besar China dan kami berharap rangkaian tambahan ini akan terus meningkatkan kedatangan pelancong ke Pulau Pinang dan di sebaliknya.”

Bagi meraikan laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua untuk ahli dari Pulau Pinang ke Chengdu bermula daripada RM99*, yang tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini sehingga 19 Januari 2020, untuk perjalanan antara 8 dan 28 Mac 2020. Nikmati penerbangan pergi dan balik dengan penginapan hotel 3 hari 2 malam serendah RM332** bagi setiap orang melalui SNAP di airasia.com.

Terkenal sebagai ‘rumah’ kepada panda gergasi, Chengdu adalah sebuah bandar yang berkembang pesat dengan pelbagai aktiviti menarik. Selain pemandangan semula jadi,  ia juga kaya dengan warisan kebudayaan dan tempat-tempat bersejarah, dan beberapa tarikan lain yang harus dikunjungi termasuk Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Giant Panda Chengdu, Jinli Ancient Street, Leshan Giant Buddha dan Biara Wenshu.

Dinamakan oleh UNESCO sebagai "Kota Gastronomi", pelbagai hidangan Cina yang popular seperti Tauhu Mapo dan Ayam Kung Pao berasal dari rantau ini. Pelancong juga boleh bersantai sambil menikmati teh beraroma di rumah teh tempatan.

Chengdu juga merupakan pintu masuk ke wilayah barat China, termasuk Tibet di mana ibu kotanya, Lhasa adalah rumah kepada pusat sejarah Buddhisme Tibet dan Istana Potala yang terkenal; serta Tapak Warisan Dunia Unesco Jiuzhaigou, salah satu pemandangan yang indah di China.

Selain dari Chengdu, AirAsia kini terbang ke 12 destinasi dari hab Pulau Pinang seperti Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Surabaya, Jakarta, Medan, Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Langkawi, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan berita terkini mengenai aktiviti dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula daripada RM104 untuk perjalanan sehala termasuk cukai.

**Harga yang tertera untuk pengiklanan adalah bagi setiap orang dengan bilik berkembar dan termasuk tambang penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama 3 hari, 2 malam yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersediaan. Terdapat juga sekatan tambahan seperti penginapan yang minimum, tarikh sekatan, ketersediaan bilik dan pembelian awal yang mungkin dikenakan. 

screenshot-docs.google.com-2020.01.10-13_25_17.png
Malaysia, EnglishM ASepang