airasia.com lancar jualan Super Sale sempena akhir tahun
KUALA LUMPUR, 14 Disember 2020 - airasia.com, Asean super app melancarkan jualan Super Sale sempena akhir tahun 2020 dengan tawaran menakjubkan dan diskaun sehingga 70% untuk penerbangan, hotel, makanan, barangan bebas cukai dan banyak lagi.
Jualan Super Sale ini berlangsung sekarang hingga 20 Disember 2020 di airasia.com super app dan laman web airasia.com. Antara tawaran-tawaran menarik untuk edisi ini adalah:
Penerbangan: Diskaun sehingga 70% untuk penerbangan domestik bagi semua penerbangan
Bagasi, Makanan dan Tempat Duduk: Diskaun 20% untuk bagasi, diskaun 20% untuk tempat duduk Hot Seat dan diskaun 10% untuk makanan dalam penerbangan
SNAP: Diskaun sehingga 20% untuk pakej penerbangan dan hotel
Hotel: Diskaun sehingga 60%
airasia Food: Diskaun sehingga 50% untuk peniaga terpilih di Lembah Klang
airasia Health: Diskaun sehingga 20% untuk ujian RT-PCR (COVID-19) dan pakej pemeriksaan kesihatan
Wifi: Diskaun 50% untuk pelan internet 50MB
Semasa tempoh jualan ini, airasia.com juga bekerjasama dengan VISA untuk menawarkan pemegang kad VISA diskaun tambahan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100 untuk Penerbangan (termasuk tetapi tidak terhad kepada tempat duduk, makan dan bagasi), SNAP, dan Hotel.
Ahli BIG pula boleh memilih untuk membayar menggunakan BIG Poin, manakala pengguna BigPay boleh membuat pembayaran segera dengan hanya satu klik dengan ciri ‘One-Click’ yang mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.
Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com berkata: “Tahun 2020 telah banyak menduga kita dan kini kita telah melihat perkembangan positif terutama mengenai vaksin. Di Malaysia, kami telah menyaksikan peningkatan tempahan penerbangan domestik sempena cuti akhir tahun ini setelah kerajaan membenarkan perjalanan antara negeri. Kami juga telah melancarkan banyak laluan domestik baharu, menambah kapasiti untuk destinasi percutian seperti Langkawi dan Pulau Pinang, serta memulakan kembali beberapa laluan penerbangan di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina untuk memenuhi permintaan. Ini adalah petanda yang baik bagi permintaan perjalanan udara dan airasia.com bersedia untuk memenuhi permintaan ini.
“Sempena musim percutian akhir tahun yang akan datang, jualan Super Sale ini menawarkan produk dan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup yang menarik kepada para pelanggan. Sama ada percutian dalam negara atau percutian pada tahun 2021, semuanya boleh ditempah di airasia.com, sebuah aplikasi perjalanan dan gaya hidup digital Asean yang serba lengkap.”
Untuk berita terkini, aktiviti dan promosi jualan Super Sale airasia.com, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).
*BIG Poin tidak boleh ditebus untuk pembelian Insurans, Kesihatan dan penerbangan bukan AirAsia.
Semua diskaun tertakluk pada terma dan syarat.