Soalan Lazim: Langkah-langkah keselamatan sebelum anda memulakan perjalanan bersama AirAsia
1. Apakah yang perlu saya lakukan sebelum membuat perancangan perjalanan? Apakah dokumen yang diperlukan untuk perjalanan domestik dalam Malaysia?
Kami ingin menasihatkan semua para tetamu untuk menyemak syarat dan kelayakan untuk membuat perjalanan, sama ada untuk destinasi antarabangsa atau domestik sebelum membuat tempahan. Sila rujuk di sini untuk menyemak sekatan perjalanan dan syarat khas.
a) Kerajaan Malaysia mewajibkan sesiapa sahaja yang ingin melakukan perjalanan antara negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak polis.
b) Semua tetamu yang akan memasuki Sarawak dari luar negeri dikehendaki untuk mengisi borang pengisytiharan kesihatan, manakala bagi warganegara bukan Sarawak yang memasuki dan warganegara Sarawak yang keluar, anda perlu membuat permohonan daripada kerajaan negeri. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
c) Warganegara yang tidak berasal dari Sabah tidak dibenarkan memasuki Sabah, tetapi ada beberapa pengecualian. Lihat syarat kemasukan untuk negeri Sabah di sini.
2. Bagaimana saya boleh ke lapangan terbang?
Perkhidmatan bas ke dan dari klia2 tersedia dari jam 6 pagi - 10 pagi dan 5 petang - 10 malam setiap hari (sila semak jadual perkhidmatan bas untuk lapangan terbang lain dan jika terdapat perubahan). Perkhidmatan teksi dan e-hailing tersedia dari jam 6 pagi - 10 malam setiap hari. Perkhidmatan tren KLIA Express digantung buat sementara waktu sehingga tempoh PKP tamat.
Anda dinasihatkan untuk membuat semakan dengan balai polis untuk mendapat kelulusan membuat perjalanan ke lapangan terbang dan untuk penerbangan anda (perjalanan antara negeri). Anda mungkin diminta untuk menunjukkan tiket penerbangan yang sah sebelum anda dibenarkan untuk membuat perjalanan ke lapangan terbang.
3. Adakah saya perlu mengemukakan dokumen pengesahan kesihatan bahawa saya sihat untuk membuat perjalanan?
Anda tidak perlu mengemukakan dokumen pengesahan kesihatan tetapi anda perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum menaiki pesawat. Tetamu yang akan memasuki Sarawak perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan (dan/atau memohon kebenaran untuk memasuki negeri) di sini. Selain itu, anda juga hendaklah mendapatkan kebenaran untuk membuat perjalanan antara negeri yang boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia (Android / iOS / Huawei). Bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi tersebut, kelulusan bertulis hendaklah diperoleh daripada pihak polis.
4. Adakah saya perlu memakai topeng muka ketika membuat perjalanan?
Semua tetamu AirAsia diwajibkan membawa topeng muka sendiri (disarankan topeng 3 lapis atau N95) dan memakainya dengan cara yang betul sebelum, semasa dan selepas penerbangan, termasuk ketika daftar masuk dan pengambilan bagasi. Sila bawa topeng muka tambahan sekiranya ia perlu diganti.
5. Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan suhu ketika membuat perjalanan?
Ya, pemeriksaan suhu akan dijalankan di beberapa lokasi yang berbeza termasuk di balai berlepas, dan juga sebelum ketibaan di destinasi di mana pemeriksaan suhu adalah diwajibkan.
6. Bolehkah saya mendaftar masuk untuk penerbangan saya di kaunter atau kiosk lapangan terbang?
AirAsia menasihatkan semua tetamu untuk mendaftar masuk secara atas talian melalui airasia.com dan mencetak pas masuk anda sebelum tiba di lapangan terbang. Anda juga boleh menggunakan e-pas masuk dengan mendaftar masuk melalui aplikasi mudah alih AirAsia. Jika kesemua pilihan di atas tidak berfungsi, sila ke kaunter daftar masuk manual. AirAsia kini dalam proses membangunkan lebih banyak teknologi tanpa sentuhan untuk daftar masuk layan diri dan serahan bagasi di lapangan terbang.
7. Apakah had bagasi kabin saya?
Bagi memudahkan penjarakan sosial dan mengurangkan kontak fizikal ketika menaiki dan keluar dari pesawat, hanya SATU bagasi kabin dibernarkan untuk setiap tetamu. Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini. Semua bagasi lain selain daripada tas tangan atau beg komputer riba hendaklah didaftar masuk. Sila ke kaunter daftar masuk jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.
8. Bagaimana dengan hidangan dalam penerbangan? Adakah saya masih boleh membuat pembelian ketika penerbangan dan adakah ia selamat?
Semua hidangan dalam penerbangan perlu ditempah sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu keberangkatan anda. Semua hidangan disediakan dan dibungkus dengan bersih mengikut syarat keselamatan makanan yang ketat. Semua kakitangan pengeluaran makanan sentiasa dipantau mengikut panduan COVID-19 dan semua kru kabin yang mengendalikan makanan akan memakai sarung tangan.
9. Berapa banyak masa yang harus saya peruntukkan di lapangan terbang berikutan pelbagai langkah keselamatan baharu?
Kami menasihati semua tetamu kami untuk tiba di lapangan terbang awal - sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas. Ini bagi memastikan terdapat masa yang mencukupi untuk melalui semua proses yang diperlukan.
10. Apakah langkah-langkah lain diambil oleh AirAsia bagi memastikan keselamatan penumpang?
AirAsia komited untuk mempertingkatkan semua langkah berjaga-jaga bagi menjamin keselamatan dan keselesaan anda ketika membuat perjalanan bersama kami. Kami akan mengikuti semua nasihat dan panduan daripada pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk artikel Covid-19: Terbang dengan selamat bersama AirAsia - Berikut adalah langkah keselamatan sebelum dan dalam penerbangan