AirAsia bekerjasama dengan hotel tempatan untuk menawarkan kombo penerbangan dan hotel melalui SNAP

104416917_550357168966099_4739518273297971575_n.jpg

SEPANG, 16 Jun 2020 - AirAsia meneruskan usaha untuk memacu industri pelancongan domestik melalui kerjasama secara terus dengan hotel-hotel tempatan untuk menawarkan harga terbaik dengan penjimatan lebih besar melalui SNAP, platform tempahan kombo penerbangan dan hotel.

Tempah melalui SNAP, terbang dan tinggal dengan harga serendah RM139* dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang (Le Embassy Hotel) RM199* dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur (The Chow Kit - an Ormond Hotel), RM299* dari Kota Kinabalu ke Sandakan (Sabah Hotel) dan banyak lagi.

Jualan ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 16 Jun sehingga 21 Jun 2020 untuk perjalanan antara 15 Julai dan 30 November 2020.

SNAP memanfaatkan rangkaian luas AirAsia di lebih 160 destinasi, dengan laluan unik dan eksklusif, untuk memberikan harga penerbangan terbaik, sambil bekerjasama secara terus dengan hotel-hotel tempatan untuk menawarkan nilai terbaik. Tawaran ini memberikan faedah secara langsung kepada para pengguna dengan kemudahan dan penjimatan yang lebih besar serta pakej yang berpatutan, seterusnya mempercepatkan pemulihan pelancongan domestik.

Pada masa yang sama, rakan kongsi hotel juga dapat memanfaatkan ekosistem AirAsia yang merangkumi pengunjung yang tinggi di laman airasia.com, pangkalan data penumpang, titik jualan yang pelbagai, dan kempen pemasaran strategik dan kreatif yang memfokuskan kepada destinasi menarik. Semuanya berdasarkan pengalaman luas syarikat penerbangan ini dalam industri pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan hotel-hotel tempatan melalui SNAP yang menawarkan cara perjalanan baharu. Kini anda tidak perlu lagi membandingkan harga dari 10 laman web berlainan kerana tempahan penerbangan dan hotel yang mudah dan dijamin dengan nilai terbaik boleh didapati dengan hanya beberapa klik. Ini selari dengan usaha AirAsia untuk menyokong industri pelancongan, yang terkesan dengan pandemik terkini. AirAsia berbesar hati untuk memainkan peranan kami dalam merancakkan sektor pelancongan domestik dengan kempen ini yang menawarkan kombo penerbangan dan hotel dengan nilai yang tiada tandingan. Jadi, tempahlah melalui SNAP untuk perjalanan anda dengan kami.”

104294287_358040648492618_8494391643343801439_n.jpg

Hotel-hotel yang tersedia melalui SNAP merangkumi hotel yang bertaraf 3 hingga 5 bintang, seperti The Chow Kit - An Ormond Hotel, MoMo's Kuala Lumpur, Tune Hotels, Lexis Port Dickson, Vouk Hotel Suites dan banyak lagi.

Bagi hotel-hotel tempatan lain yang berminat untuk bekerjasama dan menjadi sebahagian daripada revolusi SNAP boleh menghubungi kami di sini.

Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan kami. Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko. Layari pautan ini bagi mengetahui usaha-usaha yang telah dilakukan oleh AirAsia untuk memastikan keselamatan untuk semua.

Seperti industri penerbangan, industri perhotelan juga telah meningkatkan standard keselamatan dan amalan kebersihan mereka untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk para tamu. Kini, hotel-hotel telah melaksanakan pendekatan baharu untuk mengatasi kesan COVID-19, seperti pembentukan majlis  kebersihan, proses pembersihan baharu dan rutin pembersihan yang lebih ketat.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Harga yang dinyatakan dalam bahan promosi adalah untuk seorang dengan bilik berkembar dan termasuk tambang penerbangan pergi-balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam, yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersediaan. Terma dan syarat tambahan seperti penginapan minimum, tarikh tersedia, ketersediaan bilik dan tempahan awal mungkin dikenakan. Harga yang dinyatakan adalah khusus untuk destinasi dan hotel yang dinyatakan di atas. Untuk terma dan syarat penuh layari https://air.asia/w5cq7