AirAsia tawar kredit pada hari yang sama

AVA CA.jpg

SEPANG, 25 Jun 2020 - Tetamu AirAsia kini boleh mendapatkan kredit dengan lebih mudah dan cepat, pada hari yang sama permohonan dibuat.

Langkah terbaharu sejajar dengan nilai syarikat yang mengutamakan tetamu dan bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ketidakpastian dalam situasi terkini dengan penyelesaian yang lebih lancar.

Tetamu yang mendapati penerbangan mereka telah dibatalkan oleh AirAsia dari 23 Mac hingga 31 Ogos 2020 boleh mengekalkan nilai tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG mereka pada hari yang sama permohonan dibuat. Akaun Kredit boleh digunakan dalam masa 2 tahun (730 hari kalendar) dari tarikh dikreditkan, dan tarikh perjalanan untuk tempahan baharu boleh dibuat pada bila-bila masa, selagi penerbangan tersedia untuk tempahan di airasia.com atau di aplikasi mudah alihnya.

AirAsia Virtual Allstar atau AVA akan membantu para tetamu untuk memohon Akaun Kredit mereka. Hanya kemukakan nama, e-mel dan nombor tempahan mereka. Kemudian, AVA akan memeriksa ID Ahli BIG yang diberikan untuk memastikan ianya sama dengan nama dan rekod pendaftaran akaun Ahli BIG sebelum memproses kredit ke akaun mereka.

Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan AirAsia Adam Geneave berkata, “Kami menghargai maklum balas yang diberikan oleh para tetamu kami, dan pasukan kami telah bekerja keras untuk mencari penyelesaian yang lebih cepat dan mudah untuk mengakses pilihan pemulihan kami.  Kami berbesar hati untuk menawarkan pilihan Akaun Kredit yang lebih mudah kepada para tetamu yang memilihnya sebagai kaedah bayaran balik, untuk terbang bersama kami di masa hadapan. Kami berterima kasih atas kerjasama mereka, yang bukan hanya akan membantu kami mengatasi cabaran ini, malah mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain.”

Para tetamu yang telah memohon Akaun Kredit mereka akan menerima e-mel daripada AirAsia yang akan membantu proses permohonan kredit pada hari yang sama.  

Para tetamu juga diingatkan bahawa Akaun Ahli BIG diperlukan untuk dikreditkan dan tertakluk kepada pengesahan tempahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan, sila rujuk panduan di sini.

Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan kami. Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko. Layari pautan ini bagi mengetahui usaha-usaha yang telah dilakukan oleh AirAsia untuk memastikan keselamatan untuk semua.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).