Cabang logistik AirAsia, Teleport, memperluas perkhidmatan untuk menyediakan pelepasan kastam

SEPANG, 15 July 2020 – Dalam usaha memperkembang perkhidmatan mereka, Teleport, cabang logistik AirAsia, kini menyediakan perkhidmatan pelepasan kastam untuk e-dagang rentas sempadan di Malaysia Timur.

Dengan ini, kakitangan Teleport mungkin berkewajiban untuk menghubungi pelanggan dan meminta maklumat peribadi mereka yang diperlukan untuk proses pelepasan kastam, yang mungkin juga termasuk nombor IC mereka.  Kakitangan Teleport akan mengeluarkan invois dengan jumlah cukai yang perlu dibayar bagi barang pelanggan, termasuk menguruskan yuran ke Teleport.

Melantik Teleport sebagai ejen pelepasan kastam dapat menjimatkan masa pelanggan dan mengelakkan kerumitan dalam membuat pembayaran di pejabat kastam yang relevan di mana bungkusan disimpan.

Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh menghantar e-mel ke delivery@teleport.asia. Semua komunikasi e-mel rasmi seperti invois juga akan dihantar dari alamat e-mel ini.

******

Mengenai Teleport 

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari penuh milik Kumpulan AirAsia Berhad, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.