AirAsia hubungkan Kuching dan Langkawi dengan penerbangan tiga kali seminggu
SEPANG, 30 September 2020 - AirAsia akan menghubungkan dua destinasi paling popular di Malaysia dengan penerbangan tiga kali seminggu antara Kuching dan Langkawi bermula 13 November 2020.
Tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula serendah RM59* sehala dan tersedia untuk tempahan di airasia.com dan melalui aplikasi mudah alih AirAsia.
Pakej SNAP (penerbangan dan hotel) yang menawarkan penerbangan pergi balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam di Pelangi Beach Resort Langkawi atau Nadias Hotel Cenang juga boleh didapati daripada RM269** seorang, manakala Tune Hotel - Waterfront Kuching atau Regatta Suites Kuching boleh didapati daripada RM219** seorang.
Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Amanda Woo berkata: “Sementara menunggu sempadan antarabangsa dibuka semula, pasaran domestik akan terus menjadi fokus utama kami. Langkawi adalah salah satu destinasi berprestasi terbaik kami dan salah satu destinasi pantai paling popular di Malaysia. Laluan ini bukan sahaja akan memperluaskan rangkaian domestik kami dan menyediakan hubungan yang lebih baik antara kedua-dua buah bandar, malah kami juga berharap dapat mewujudkan peluang perniagaan seperti hotel, pengendali pelancongan, penyedia perjalanan dan lain-lain dengan memanfaatkan hubungan antara Sarawak dan Langkawi.”
Para pelancong juga boleh menempah perkhidmatan pengangkutan ke dan dari lapangan terbang atau aktiviti menarik lain di airasia.com (melalui tab 'Aktiviti'). Di Kuching, nikmati perjalanan ke Taman Negara Bako, lawati orang utan di Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh atau belajar mengenai budaya pelbagai etnik Sarawak di Sarawak Cultural Village. Di Langkawi, nikmati makan malam di atas kapal persiaran sambil melihat matahari terbenam di Laut Andaman atau cabar diri anda dengan aktiviti lasak seperti Zipline, ATV atau jet ski.
Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).
*Tambang termasuk semua adalah untuk ahli BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula daripada RM64 sehala termasuk cukai.
*Harga yang tertera pada bahan promosi adalah untuk setiap orang bagi bilik berkembar dan termasuk semua tambang penerbangan pergi balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam, yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersediaan. Sekatan tambahan seperti penginapan minimum, tarikh tersedia, ketersediaan bilik dan pembelian awal mungkin dikenakan. Harga yang dinyatakan adalah contoh untuk destinasi dan hotel yang dinyatakan di atas. Sila rujuk terma dan syarat penuh di https://air.asia/w5cq7.