airasia Super App rai ulang tahun pertama dengan tawaran luar biasa dengan sambutan SUPER APP DAY

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2021 - Selepas setahun dilancarkan, airasia Super App kini telah berkembang menjadi sebuah platform perjalanan dan gaya hidup digital untuk semua di Asean. Tersedia dengan perkhidmatan penghantaran makanan, barangan runcit, e-panggilan hingga platform perjalanan dalam talian sehenti, airasia Super App menawarkan segalanya untuk semua.

Untuk meraikan ulang tahun pertamanya, airasia Super App menawarkan promosi istimewa dengan sambutan airasia Super App Day. Promosi terbesar di seluruh rantau ini akan bermula dari 25 Oktober 2021 (10 pagi, GMT +8) hingga 31 Oktober 2021 dengan diskaun sehingga 80% untuk semua tawaran  perjalanan dan gaya hidup produk di airasia Super App. 

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “AirAsia telah mendemokrasikan penerbangan sejak 20 tahun lalu dan membolehkan berjuta-juta orang untuk terbang, terutamanya dengan promosi popular, TEMPAT DUDUK PERCUMA. Kini dengan airasia Super App, kami membolehkan semua orang untuk terbang, menginap, membeli-belah dan makan menggunakan satu aplikasi. Model perniagaan kos rendah kami membolehkan penjimatan diberikan kepada para tetamu dan memberikan nilai terbaik adalah DNA kami. Daripada hanya TEMPAT DUDUK PERCUMA, kami kini menawarkan MAKANAN PERCUMA, PERJALANAN PERCUMA, PENGHANTARAN PERCUMA dan banyak lagi!     

“Sejak pelancaran kami pada bulan Oktober 2020, airasia Super App telah menjadi super app yang berkembang pesat di Asean, membolehkan pengguna dari rantau ini menempah penerbangan di 700 syarikat penerbangan selain daripada AirAsia ke lebih 3,000 destinasi di seluruh dunia. Selain itu, pengguna juga boleh membeli-belah pelbagai keperluan gaya hidup dari produk penjagaan kulit, produk bebas cukai dan barangan runcit, atau membuat pesanan makanan, tempahan perjalanan, nikmati rawatan spa dan kesihatan, malah membuat sumbangan kepada orang yang memerlukan. Jika anda terbang bersama AirAsia, ini adalah satu-satunya aplikasi yang anda perlukan untuk membeli tiket penerbangan, daftar masuk dan perlepasan. Platform ini mempunyai lebih 15 perniagaan, semuanya boleh diakses dengan satu akaun dan menawarkan pembayaran yang lancar.   

“Pengembangan pesat airasia Super App dalam masa setahun ini adalah berdasarkan dorongan dan visi para pengasas AirAsia dalam mengubah AirAsia menjadi sebuah jenama gaya hidup digital dan disokong sepenuhnya oleh pasukan Allstars yang terus berusaha untuk menyediakan pelbagai tawaran kepada para pelanggan. Sempena sambutan ulang tahun pertama ini, kami berazam untuk menambah baik pengalaman pengguna dan mengembangkan fungsi pembelajaran mesin untuk memastikan penggunaan lebih lancar dan peribadi. Ini membolehkan kami menawar tawaran mengikut keperluan para pelanggan pada masa yang tepat melalui saluran yang betul. Kami juga tidak sabar untuk melancarkan lebih banyak produk di negara serantau terutamanya di Thailand, Indonesia dan Filipina tidak lama lagi.      

“Kami tidak akan dapat melakukan semua ini tanpa sokongan para pelanggan setia kami dan sambutan Super App Day ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada setiap pelanggan yang telah menyokong kami selama ini. Daripada keperluan perjalanan hinggalah kepada gaya hidup setiap hari, kami mempunyai sesuatu untuk semua orang.” 

Para tetamu dapat menikmati tambah rendah untuk penerbangan domestik daripada hanya RM12 sehala. Penerbangan tersedia untuk tempahan dari sekarang hingga 31 Oktober 2021, untuk tempoh perjalanan dari 8 November 2021 hingga 29 Oktober 2022. Para tetamu juga boleh menikmati diskaun 20% untuk tempat duduk Hot Seats dan diskaun 20% untuk bagasi daftar masuk 25kg ke atas. Hanya klik pada ikon ‘Flights’ du Super App untuk membuat tempahan.   

SNAP menyediakan nilai terbaik untuk penerbangan dan penginapan hanya dengan satu klik. Nikmati penjimatan hingga 60% untuk penerbangan dan penginapan melalui promosi SNAP pada ikon ‘SNAP’ di Super App. Setiap tawaran SNAP termasuk satu penerbangan pergi balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam.

Mereka yang ingin menempah penginapan secara berasingan boleh menggunakan kod promosi AAHOTEL10 untuk mendapatkan diskaun 10% di mana-mana hotel yang disenaraikan pada ikon ‘Hotels’ untuk tempoh tempahan pada masa yang sama bermula dari sekarang hingga 31 Oktober 2021.  

Keutamaan tempahan selama 24 jam bagi pemegang kad BigPay dan airasia Hong Leong Bank bermula jam 10.00 pagi  pada 24 Oktober 2021 dengan kod promosi SUPERDAY. 

Nikmati diskaun hingga 70% untuk pembelian barangan bebas cukai Langkawi di airasia travelmall dan penghantaran percuma di kawasan Langkawi untuk pesanan dengan perbelanjaan minimum RM50. Diskaun lebih istimewa tersedia untuk para tetamu penerbangan airasia, penumpang airasia ride serta para tetamu yang menginap di penginapan rakan kongsi kami. 

Pelanggan juga boleh menikmati promosi MAKANAN PERCUMA oleh airasia food bermula sekarang hingga 31 Oktober 2021 dengan kod promosi mengikut kawasan pada ikon ‘Food’ di airasia Super App untuk membeli makanan kegemaran mereka: Kod promosi adalah: Lembah Klang - FMKL, Pulau Pinang - FMPN, Kota Kinabalu - FMKK, Seremban - FMSB, Melaka - FMMK, Johor Bahru - FMJB, Ipoh - FMIP.

Platform penghantaran barangan runcit airasia Super App, airasia grocer pula menawarkan diskaun hingga 50% untuk barangan terpilih dan penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM60.

Pelanggan yang berminat dengan produk kecantikan boleh menikmati diskaun 50% untuk semua barangan dengan kod promosi SUPERAPP50, terhad pada RM25 pada ikon ‘Beauty’.

Para penumpang dari Lembah Klang, Langkawi dan Pulau Pinang boleh menebus perjalanan percuma dengan kod promosi FREERIDE terhad pada RM10 melalui platform e-panggilan airasia Super App, airasia ride pada ikon ‘Ride’.

Bagi mereka yang mencari perkhidmatan perubatan melalui airasia health, nikmati diskaun 10% untuk semua perkhidmatan yang tersedia dengan kod promosi HEALTH10 pada 26 Oktober 2021. Pelanggan juga boleh mendapatkan diskaun keseluruhan hingga 80% di Beverly Wilshire Medical Centre Beauty untuk sepanjang minggu. 

IKHLAS, cabang perniagaan mesra-muslim di bawah airasia Super App juga menawarkan diskaun hingga 40% untuk barangan terpilih di IKHLAS shop. 

Selain itu, pelanggan juga boleh mendaftar dengan Stashaway melalui produk kewangan dan penyedia perkhidmatan airasia Super App, airasia money sepanjang tempoh kempen ini untuk mendapatkan diskaun RM25 bagi tambang penerbangan

Pengguna aplikasi juga boleh mengumpul BIG Poin sepanjang tempoh Super App Day dan menggunakan BIG Poin untuk membuat bayaran pembelian mereka. Para pelanggan juga boleh mengumpul 10 kali ganda BIG Poin apabila mereka membuat pesanan di airasia grocer pada setiap hari Rabu, airasia food pada setiap hari Khamis dan airasia beauty pada setiap hari Jumaat.

Pengguna BigPay dapat melakukan pembayaran segera melalui perkhidmatan ‘One-Click’ dengan mudah dan selamat menggunakan kad BigPay. 

Ikuti perkembangan terkini dan tawaran daripada airasia Super App di Instagram dan Facebook @airasiasuperapp. Untuk pengalaman yang lancar dan lebih baik, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.