Nikmati tawaran hebat di airasia Super App sempena jualan Black Friday dan Cyber Monday
KUALA LUMPUR, 25 November 2021 - airasia Super App melancarkan pelbagai tawaran menarik pada 26-30 November ini di airasia food, airasia grocer, airasia xpress dan airasia ride sempena jualan Black Friday dan Cyber Monday airasia Super App.
Nikmati tawaran istimewa untuk perkhidmatan penghantaran makanan, barangan runcit, e-panggilan, barangan bebas cukai dan banyak lagi menerusi jualan Black Friday dan Cyber Monday yang menawarkan segalanya untuk semua.
Dapatkan juga diskaun 50% untuk hidangan kegemaran anda di airasia food menggunakan kod promosi BF50MY dengan menekan ikon ‘Food’ pada airasia Super App.
Selain itu, 1,000 penumpang pertama setiap hari yang menempah perjalanan mereka dengan menekan ikon ‘Ride’ pada airasia Super App semasa tempoh promosi ini boleh membuat perjalanan pada harga RM1 sahaja dengan airasia ride untuk perjalanan kurang daripada 5km. Promosi ini tersedia untuk penumpang di Lembah Klang, Pulau Pinang, Langkawi, dan bandar terbaru di Ipoh, Melaka, Seremban dan Johor Bahru.
Pengguna airasia Super App juga boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran bungkusan atas permintaan yang berpatutan dan lebih cekap menerusi airasia xpress. Nikmati diskaun 50% yang dihadkan pada RM10 untuk setiap penghantaran bungkusan dengan menekan ikon ‘Xpress’ pada airasia Super App.
Para pengguna juga boleh mendapatkan barangan runcit mereka dari airasia grocer dan menikmati diskaun RM18 untuk setiap RM88 yang dibelanjakan menggunakan kod promosi PAYDAY18, dan diskaun RM48 untuk setiap RM168 yang dibelanjakan menggunakan kod promosi PAYDAY48 dengan menekan ikon ‘Grocer’' pada airasia Super App
Lim Ben Jie, Ketua Penghantaran (e-Dagang) airasia Super App berkata, “airasia Super App kini menjadi aplikasi super di Asean untuk perjalanan dan gaya hidup yang boleh memenuhi semua keperluan harian anda. Daripada pesanan makanan kegemaran, keperluan barangan runcit, perjalanan harian dan barangan bebas cukai, ia menawarkan sesuatu untuk semua orang. Kami juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa lebih ramai orang di seluruh Asean dapat menikmati tawaran penghantaran kami menerusi airasia Super App. Kini airasia food telah berkembang ke 12 bandar di Malaysia, Thailand dan Singapura dan lebih banyak destinasi yang akan ditambah tidak lama lagi. Selain itu, airasia ride baru sahaja berkembang ke Pulau Pinang, selain Kuala Lumpur dan Langkawi. Anda juga boleh menempah perkidmatan penghantaran barangan dari airasia xpress di Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu. .
“Bagi kebanyakan pengguna, airasia Super App bukan sekadar sebuah aplikasi, tetapi gaya hidup mereka.”
Pengguna airasia Super App juga boleh mengumpul BIG Poin sepanjang tempoh promosi ini dan menggunakan BIG Poin untuk membuat bayaran pembelian mereka. Pengguna BigPay dapat melakukan pembayaran segera melalui perkhidmatan ‘One-Click’ dengan mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.
Ikuti perkembangan terkini dan tawaran daripada airasia Super App di Instagram dan Facebook @airasiasuperapp. Untuk pengalaman yang lancar dan lebih baik, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.