Nikmati tawaran penghantaran dengan nilai terbaik di airasia Super App pada 11.11
KUALA LUMPUR, 9 November 2021 - airasia Super App melancarkan pelbagai promosi menarik pada 11.11 ini untuk semua produk dan perkhidmatan di airasia food, airasia grocer, airasia beauty dan airasia ride.
Daripada makanan, barangan runcit, perkhidmatan e-panggilan kepada diskaun untuk produk kecantikan tulen berjenama, pasti ada sesuatu untuk semua orang pada 11.11 ini.
Sebagai permulaan, pelanggan berpeluang untuk memenangi satu tiket penerbangan pergi balik* apabila mereka membuat pembelian di platform airasia food bermula hari ini hingga 14 November. Para pelanggan juga boleh menikmati diskaun RM11 dengan kod promosi 11FOOD untuk pembelian mereka dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30. Klik pada ikon ‘Food’ di airasia Super App untuk maklumat lanjut.
Bermula hari ini hingga 11 November, pelanggan airasia grocer boleh mendapatkan barangan segar daripada serendah RM1.11 dengan diskaun sehingga 50% untuk barangan terpilih dengan menekan ikon ‘Grocer’ di airasia Super App. Pembelian untuk barangan terpilih juga akan menerima hadiah eksklusif daripada airasia. Pada 10 dan 11 November, pelanggan juga boleh menikmati diskaun RM11 untuk setiap RM111 dibelanjakan dengan kod promosi 11GROCER, diskaun RM30 untuk setiap RM150 dibelanjakan dengan kod promosi 30GROCER, dan diskaun RM50 untuk setiap RM200 dibelanjakan dengan kod 50GROCER. Pelanggan yang pertama kali membeli di airasia grocer juga boleh menikmati diskaun RM10 untuk pesanan pertama anda dengan kod promosi WELCOME10.
Mereka yang berminat untuk membeli produk kecantikan boleh menikmati diskaun sehingga 50% bagi barangan terpilih dan penghantaran percuma untuk semua barangan tanpa perbelanjaan minimum dengan kod promosi 11FREEDEL dengan menekan ikon ‘Beauty di Super App. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati tawaran beli satu percuma satu untuk barangan terpilih*.
Nikmati diskaun RM2 untuk 11 perjalanan airasia ride di sepanjang tempoh kempen ini dengan kod promosi 11RIDE semasa membuat tempahan bersama airasia ride untuk perjalanan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Langkawi.
Lim Ben Jie, Ketua Penghantaran (e-Dagang) airasia Super App berkata, “Kami berbesar hati untuk melancarkan kempen airasia Super App 11.11 kerana ini merupakan cara kami untuk menghargai para pelanggan yang telah menyokong kami sejak mula. Daripada makanan kegemaran, produk kecantikan, barangan runcit dan kemudahan perjalanan, kami menyediakan sesuatu untuk semua orang. Kami juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa lebih ramai orang di Asean kini boleh menikmati pelbagai tawaran penghantaran di airasia Super App dengan perkembangan airasia food ke 11 bandar di 3 buah negara dan jumlah bandar yang akan bertambah tidak lama lagi. Selain itu, airasia beauty kini menyediakan penghantaran ke seluruh Semenanjung dan airasia ride telah berkembang ke Pulau Pinang selain tersedia di Kuala Lumpur dan Langkawi. airasia grocer pula juga kini tersedia di Lembah Klang, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.
Muat turun aplikasi airasia Super App hari ini tidak kira di mana anda berada untuk menikmati tawaran terbaik bermula hari ini hingga 11 November dan nikmati cara kehidupan baharu hanya di hujung jari anda.”
Pengguna aplikasi juga boleh mengumpul BIG Poin sepanjang tempoh 11.11 dan menggunakan BIG Poin untuk membuat bayaran pembelian mereka. Para pelanggan juga boleh mengumpul 10 kali ganda BIG Poin apabila mereka membuat pesanan di airasia grocer pada setiap hari Rabu, airasia food pada setiap hari Khamis dan airasia beauty pada setiap hari Jumaat.
Pengguna BigPay dapat melakukan pembayaran segera melalui perkhidmatan ‘One-Click’ dengan mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.
Ikuti perkembangan terkini dan tawaran daripada airasia Super App di Instagram dan Facebook @airasiasuperapp. Untuk pengalaman yang lancar dan lebih baik, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.
*Tertakluk kepada terma dan syarat