airasia grocer tawar kemudahan menderma barangan keperluan kepada mangsa banjir

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2021 - airasia grocer, penyedia barangan runcit dalam talian airasia Super App dan rakan kongsi tanggungjawab sosial korporatnya Zer0hunger.org, Platform Tindakan Kesan Sosial Lestari tempatan menyokong bantuan kepada mangsa banjir dengan menyediakan makanan kering dan barangan runcit penting kepada komuniti yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini. 

Rakyat Malaysia yang ingin turut menderma boleh menekan ikon ‘Grocer’ pada airasia Super airasia atau layari airasia.com/grocer dan memilih untuk menderma daripada dua pek barangan basah atau kering. Untuk menyokong usaha ini, barangan tersebut boleh didapati dengan diskaun 50% daripada harga biasa. Pek barangan basah terdiri daripada barangan keperluan yang mudah dimasak dan makanan beku, manakala pek barangan kering terdiri daripada makanan retort, minuman, biskut dan makanan dalam tin yang mudah dimakan. Penderma juga boleh menikmati perkhidmatan penghantaran PERCUMA dengan kod promosi CAREDEL semasa membuat pembayaran. 

airasia grocer mensasarkan untuk menyediakan 1,000 pek dan semua hasil jualan akan disumbangkan kepada mangsa banjir. 

airasia grocer juga menyokong pertubuhan bukan kerajaan dan rakan kongsi korporat lain untuk menyesuaikan pek tersendiri dan mengagihkan bantuan makanan kepada komuniti yang terjejas. Mereka boleh menghubungi +60102159020 untuk maklumat lanjut.

Joanna Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif airasia grocer berkata, “Kami turut bersimpati dengan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Kami akan terus berkhidmat kepada mereka yang memerlukan dan airasia grocer bersedia untuk menghulurkan bantuan dan mengagihkan barangan penting kepada individu dan komuniti yang terjejas.

“Dengan kerjasama lebih 600 peniaga di airasia grocer yang menawarkan pelbagai rangkaian produk daripada hasil segar, barangan runcit dan banyak lagi, ia membolehkan kami mendapatkan dan menyediakan keperluan dengan cepat kepada mangsa banjir. Kami akan memastikan barangan runcit yang didermakan akan sampai kepada mereka yang memerlukan pada masa yang sukar ini.” 

*Penghantaran bantuan adalah untuk mangsa banjir di Hulu Langat. Penderma boleh memilih tarikh penghantaran pada 26 Disember 2021.