airasia ride dan Carsome sedia tawaran hebat kepada para pemandu untuk menaik taraf kenderaan mereka
KUALA LUMPUR, 3 Disember 2021 - Perkhidmatan e-hailing yang berkembang paling pesat oleh airasia Super App, airasia ride bekerjasama dengan platform e-dagang untuk kenderaan terbesar di Asia Tenggara, Carsome, bagi memperkenalkan kempen “Buy Your Next Ride” yang menawarkan nilai dan faedah hebat kepada para pemandunya yang ingin menaik taraf atau menggantikan kenderaan mereka.
Kerjasama ini akan membolehkan setiap pemandu airasia ride menerima baucar RM600 untuk membeli kenderaan selain diskaun sedia ada, serta perkhidmatan selepas jualan percuma selama 2 tahun. Selain itu, mereka yang memilih untuk menjual kenderaan mereka layak mendapat rebat tetap sebanyak RM1,000.
Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride berkata, “Keutamaan utama kami di airasia ride adalah untuk memastikan para pemandu kami bukan sahaja layak untuk bertugas tetapi yang paling penting bekerja dengan hati. Bagi pemandu kami, kenderaan adalah punca rezeki mereka. Justeru, industri ini bersedia untuk memastikan para pemandu senang hati, seterusnya menjadikan para pelanggan turut berpuas hati. Pemandu kami memperolehi 85% daripada tambang yang merupakan kadar komisen tertinggi dalam industri ini. Selain itu, kami melaksanakan sistem yang tidak mendenda para pemandu jika mereka tidak menerima pelanggan, tetapi memberi ganjaran kepada mereka yang menyelesaikan lebih banyak pemanduan dan memberi lebih kebebasan kepada mereka. Ini dapat mengurangkan tekanan di jalan raya dan pada masa yang sama, meningkatkan prestasi mereka. Kami menganggap para pemandu bukan sebagai kakitangan tetapi sebagai rakan kongsi yang menyediakan penumpang kami perkhidmatan pada nilai terbaik.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Carsome bagi memberi ganjaran kepada para pemandu untuk memberikan pengalaman terbaik kepada mereka dan penumpang. Kami berharap para pemandu kami akan mengambil peluang ini untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik untuk pembelian kenderaan baharu atau menukar kenderaan semasa mereka untuk yang lebih baik. Kami juga menggalakkan individu yang ingin memulakan kerjaya dengan airasia ride atau ingin menjana pendapatan sampingan melalui perkhidmatan e-panggilan baharu ini untuk menghubungi kami.”
Mereka yang berminat untuk menyertai airasia ride boleh mendaftar dengan memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau layari halaman ini untuk mendaftar.
Eric Cheng, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome menambah, “Di Carsome, kami membantu orang ramai dengan menawarkan penyelesaian mobiliti. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan airasia ride dan memberikan pemandu mereka jaminan kualiti dan kemudahan apabila mereka membeli kenderaan seterusnya yang diperakui oleh Carsome.”
Selain baucar diskaun dan perkhidmatan selepas jualan percuma, semua kenderaan yang diperakui oleh Carsome disertakan dengan Jaminan Carsome, di mana kenderaan tersebut telah lulus pemeriksaan 175-mata dan turut disertakan dengan waranti 1 tahun, jaminan wang dikembalikan selama 5 hari dan harga tetap tanpa bayaran tersembunyi, seterusnya memberikan kualiti dan nilai terbaik kepada para pembeli.”
Para pemandu airasia ride juga mempunyai kelebihan tambahan untuk memanfaatkan jenama syarikat penerbangan tersebut untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan yang melakukan perjalanan ke dan dari lapangan terbang. Para tetamu dalam penerbangan AirAsia kini mempunyai pilihan untuk menempah perjalanan mereka selepas membeli penerbangan mereka, membolehkan pemandu mendapatkan tempahan lebih awal dan merancang perjalanan mereka dengan lebih cekap dan produktif. Mereka juga akan mempunyai maklumat ketibaan penumpang dalam masa nyata, membolehkan mereka menguruskan masa dengan lebih baik dan mengurangkan masa menunggu jadi mereka boleh membuat lebih banyak perjalanan dan menjana lebih banyak pendapatan.
Selain itu, para pemandu menerima 85% daripada tambang bersih (tidak termasuk caj tol), yang mana ia lebih tinggi daripada penyedia e-panggilan lain di pasaran, menjadikannya sebagai pekerjaan sambilan dan peluang pendapatan sampingan pilihan yang berdaya maju. Tambang untuk airasia ride ditetapkan berdasarkan harga yang berpatutan, mengambil kira kemampuan para pelanggan dan masa perjalanan tambahan berikutan kesesakan lalu lintas.
Untuk promosi dan tawaran istimewa airasia ride, ikuti@airasiasuperapp di Instagram.