airasia food tawar promosi hidangan harga terendah di Kota Kinabalu

  • Nikmati diskaun istimewa oleh restoran tempatan yang terlibat setiap minggu

  • Memperkenalkan pilihan ambil sendiri untuk lebih nilai dan kemudahan

KOTA KINABALU, 26 Julai 2021 - airasia food, platform penghantaran makanan terbaru di Sabah terus menyokong peniaga tempatan dan menawarkan nilai terbaik untuk rakyat Sabah melalui satu promosi terkini yang menawarkan pelbagai hidangan dengan harga terendah di Kota Kinabalu.   

Bermula sekarang hingga September 2021, pelbagai restoran popular di Sabah akan diketengahkan di airasia food melalui tawaran hebat dengan harga terendah di airasia food pada setiap minggu. Paparan istimewa ini memberi peluang kepada pengusaha restoran untuk memaparkan produk mereka, dan seterusnya melipatgandakan jualan. Selain dari dapat menikmati harga terendah, para pelanggan pula  diberi peluang untuk menikmati diskaun sebanyak RM5 untuk pesanan pada setiap hari Ahad bermula 22 Julai hingga 15 September dengan menggunakan kod promosi RM5OFFKK. Diskaun terhad ini boleh digunakan di semua restoran terlibat sepanjang tempoh promosi, tanpa perbelanjaan minimum.     

Dilancarkan di Kota Kinabalu pada awal bulan ini, airasia Super App semakin dikenali di kalangan peniaga tempatan dan pelanggan kerana tawaran caj komisen terendah dan pelbagai tawaran hebat yang membantu para peniaga dan pengguna. Untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang terbaik, airasia food memilih dengan teliti beberapa restoran yang bukan sahaja menawarkan hidangan terbaik di Kota Kinabalu, malah menawarkan nilai terbaik. Pengguna aplikasi hanya perlu klik pada ikon ‘food’ di airasia Super App atau layari airasia.com/food untuk melihat senarai penuh restoran yang terlibat.

Lim Ben-Jie, Ketua e-dagang airasia Super App berkata, “Jenama airasia amat sinonim dengan tawaran nilai terbaik, pelbagai pilihan dan kemudahan. Sejak pelancaran di Kota Kinabalu, kami telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan dan juga para peniaga. Dalam tempoh kurang dari sebulan, lebih 170 peniaga Sabah baharu telah pun mendaftar dan mula menjual makanan di platform kami. Untuk terus membantu pemilik restoran tempatan pada masa yang mencabar ini, kami mengadakan promosi setiap minggu dengan harapan memperkenalkan pelbagai restoran tempatan yang boleh disokong oleh para pelanggan. Kami berbesar hati untuk menawarkan promosi tambahan agar pelanggan dapat menikmati menu pada harga berpatutan.”

Untuk lebih kemudahan dan penjimatan, pelanggan airasia food kini boleh memilih untuk mengambil sendiri pesanan mereka. 

airasia food terus mengembangkan perkhidmatannya sejajar dengan permintaan tinggi. Para pengusaha restoran serta peniaga makanan dan minuman di Kota Kinabalu boleh mendaftar sebagai rakan niaga dengan mengisi borang ini dan mereka akan dihubungi untuk proses lanjut. 

Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan skuad penghantaran airasia boleh layari Teleport.asia/deliverypartner

Ikuti perkembangan terkini airasia food dan peneraju platform perjalanan dan gaya hidup terkemuka di Asean melalui @airasiadelivers di Instagram.