Nikmati tawaran menarik sempena pelancaran airasia food di Ipoh
Dapatkan diskaun RM5 untuk pesanan anda bermula 14 hingga 26 September dengan kod promosi [IPOHMALI]
Dapatkan penghantaran percuma untuk pesanan dalam lingkungan jarak 15km
IPOH, 15 September 2021 - Platform perkhidmatan penghantaran makanan airasia Super App, airasia food kini dilancarkan di bandar Ipoh pada hari ini dengan tawaran menarik untuk para pelanggan.
Ipoh merupakan lokasi kesembilan airasia food, yang membolehkan lebih ramai orang menikmati makanan kegemaran mereka dihantar terus ke rumah pada nilai yang berpatutan selain daripada memberi manfaat kepada pengusaha makanan dan minuman tempatan melalui caj komisen terendah di dalam industri.
Untuk lebih kemudahan dan penjimatan, para pelanggan airasia food dapat menikmati nilai terbaik dengan tawaran Penghantaran Percuma untuk pesanan minimum RM15 dan dalam lingkungan jarak 15km. Para pelanggan juga dapat menikmati penjimatan sebanyak RM5 untuk pesanan melebihi RM15 dengan kod promosi [IPOHMALI]. Pengguna airasia Super App hanya perlu klik pada ikon ‘Food’ untuk membuat pesanan mereka atau layari airasia.com/food.
Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang airasia Super App berkata, “Perkembangan perkhidmatan kami ke Ipoh merupakan satu lagi kejayaan penting untuk airasia food selepas melancarkannya di Johor Bahru dan Melaka pada bulan lepas. Misi airasia food adalah untuk sentiasa membantu perniagaan makanan tempatan mengekalkan kos rendah dengan menawarkan caj komisen terendah serta proses pendaftaran yang mudah dan tanpa sebarang yuran penyertaan. Penjimatan ini membolehkan mereka menawarkan harga yang lebih rendah kepada para pelanggan untuk menikmati makanan kegemaran dari restoran makanan dan minuman terkenal di Ipoh.
Selain itu, perniagaan kecil juga boleh memanfaatkan ekosistem airasia yang luas dan mempunyai pangkalan data pengguna yang kukuh serta pelbagai inisiatif pemasaran strategik yang kini terkenal di kalangan para pelanggan dan peniaga.”
Para pelanggan boleh mengumpul 10 kali ganda lebih banyak BIG Poin untuk pembelian airasia food pada hari Khamis. Para pelanggan yang mempunyai BIG Poin juga dapat menikmati lebih penjimatan dengan menebus 50 BIG Poin untuk setiap RM1. *Promosi penghantaran percuma dan promosi BIG Points kini sedang berlangsung hingga 31 Disember 2021.
Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar di halaman ini.
Selain dari Ipoh, perkhidmatan airasia food juga tersedia untuk para pelanggan di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Seremban, Melaka dan Johor Bahru di Malaysia; Singapura dan Bangkok di Thailand.
Ikuti perkembangan terkini airasia food melalui @airasiasuperapp di Instagram.