Sambutan berganda sempena Hari Malaysia: airasia rai pelancaran gelembung perjalanan Langkawi dengan penerbangan dari 5 buah bandar dan pelancaran perkhidmatan e-panggilan di Langkawi

90 penerbangan mingguan bermula dari lima lokasi domestik

Perkhidmatan e-panggilan terbaru, airasia ride juga dilancarkan di Langkawi!

(Dari kiri ke kanan: Bo Lingam, Presiden (Syarikat Penerbangan) AirAsia Group; Mai Yin Tan, Ketua Komersial Daerah)

SEPANG, 16 September 2021 - AirAsia hari ini bukan sahaja menyambut penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Langkawi, malah turut menyambut pelancaran perkhidmatan e-panggilan airasia ride di Langkawi.

Penerbangan sulung menggunakan pesawat Airbus A321neo berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9.50 pagi dengan 100% muatan penumpang menandakan permintaan tinggi untuk perjalanan udara domestik. 

Bo Lingam, Presiden (Syarikat Penerbangan) AirAsia Group turut hadir untuk meraikan perlepasan penerbangan AK6322 yang merupakan pesawat pertama daripada sembilan penerbangan harian yang telah dijadualkan dari Kuala Lumpur. 

Selain dari Kuala Lumpur (63 kali seminggu), AirAsia juga mengendalikan penerbangan ke Langkawi dari Pulau Pinang (14 kali seminggu), Johor Bahru (7 kali seminggu), Ipoh (3 kali seminggu) dan Kota Bharu (3 kali seminggu) berjumlah 90 kali penerbangan seminggu. Semua penerbangan dikendalikan oleh kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya, protokol kesihatan yang ketat, dan prosedur operasi standard yang mantap bagi mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa untuk memastikan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan.

Selain itu, perkhidmatan e-panggilan airasia ride turut dilancarkan di Langkawi pada hari ini, menawarkan para penumpang dengan lebih pilihan, kemudahan, harga lebih kompetitif dan pengalaman perjalanan yang selamat dengan para pemandu yang telah divaksin sepenuhnya. 

Nilai terbaik adalah sinonim dengan jenama airasia dan para penumpang dapat menikmati diskaun RM5 untuk dua perjalanan pertama bersama airasia ride dengan kod promosi LANGKAWI5 dari sekarang hingga 30 September 2021. Perkhidmatan e-panggilan airasia ride ini boleh ditempah pada ikon ‘Ride’ di airasia Super App atau layari airasia.com/ride.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Dalam masa kurang dari seminggu, lebih 200,000 tempat duduk ke Langkawi telah ditempah. Untuk memastikan kelancaran perjalanan, kami telah melaksanakan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan secara meluas dan komprehensif untuk memastikan para tetamu dan kakitangan kami terbang dengan selamat. dengan kru kabin dan kakitangan barisan hadapan yang telah divaksin sepenuhnya. Para tetamu juga dinasihatkan untuk menggunakan airasia Super App bagi menikmati pengalaman perjalanan yang lancar dan tanpa sentuhan sepanjang perjalanan anda - daripada proses daftar masuk, memuat naik dan mengesahkan dokumen kesihatan dalam talian, menggunakan pas masuk elektronik dan perkhidmatan dalam penerbangan.”    

“Kami telah melakukan persediaan dalam beberapa bulan yang lepas dan kini teruja untuk memulakan kembali penerbangan kami. Kami juga bersedia untuk menambah operasi penerbangan bagi memenuhi permintaan yang meningkat. Kami berharap lebih banyak gelembung perjalanan akan dilaksanakan di seluruh negara tidak lama lagi sejajar dengan inisiatif vaksin yang telah dipercepatkan dan seterusnya di seluruh rantau ini apabila keadaan semakin pulih.”

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Ini merupakan hari yang membanggakan buat AirAsia dengan permulaan kami menggunakan ekosistem airasia untuk menyokong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan pemain industri lain dalam memulakan kembali sektor pelancongan dan pemulihan ekonomi di Langkawi.”

“Para pelancong kini boleh menempah airasia ride dari lapangan terbang ke seluruh Langkawi, daftar masuk penerbangan mereka, menikmati tawaran penginapan terbaik di Langkawi dengan SNAP dan banyak lagi, semuanya boleh ditempah dengan mudah melalui satu platform - airasia Super App. Beberapa minggu lagi, para pelanggan boleh membeli produk bebas cukai di Langkawi dengan nilai terbaik dan menerima barangan tersebut di hotel mereka pada hari yang sama di Pulau Langkawi melalui airasia Super App. 


“Kami berharap untuk terus menyumbang dan menyokong sektor pelancongan di Langkawi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk komuniti tempatan. Kami akan terus berganding bahu untuk memulihkan semula industri pelancongan domestik dan terus menjadikan Langkawi sebagai destinasi percutian dan membeli-belah terkemuka di Asean.”

Bermula dari sekarang hingga 19 September 2021, para tetamu boleh menempah penerbangan ke Langkawi dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bharu hanya serendah RM12 sehala. Para tetamu juga boleh mendapatkan tawaran SNAP dengan penerbangan dua hala dan penginapan 3 hari 2 malam di hotel 4-5 bintang di Langkawi daripada RM99 seorang. Layari airasia Super App untuk maklumat lanjut promosi dan tawaran hotel SNAP pada minggu ini. 

Semua tetamu dewasa dan kanak-kanak berusia 7 ke atas hendaklah melakukan ujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas. Ujian kendiri COVID-19 boleh didapati untuk pembelian di airasia health

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan daftar masuk kendiri dan cara untuk mengesahkan sijil vaksinasi, layari Halaman Sokongan AirAsia di sini. Untuk membuat perubahan penerbangan, klik di sini untuk menghubungi AVA, dan untuk status penerbangan terkini, layari airasia.com/flightstatus. Untuk SOP Langkawi, sila klik di sini

Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan lancar, muat turun airasia Super App melalui AppleApp Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.