AirAsia sambung semula penerbangan ke Phnom Penh dengan tawaran menarik
SEPANG, 26 Januari 2022 - AirAsia telah menyambung semula penerbangannya ke Phnom Penh semalam selepas pengumuman penyambungan semula penerbangan ke Phnom Penh dari Kuala Lumpur pada bulan lepas.
Penerbangan pertama yang menggunakan pesawat Airbus A320 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 12.40 tengah hari melalui penerbangan AK 538 telah dihantar oleh Nur Liyana Mahizzan, Ketua Komersial.
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Phnom Penh merupakan salah satu destinasi pelancongan popular untuk AirAsia sebelum ini, dan kami teruja untuk memulakan kembali penerbangan sulung dari Kuala Lumpur selepas hampir dua tahun. Kami juga berbesar hati dengan sambutan yang memberangsangkan dan ia menandakan permintaan perjalanan antarabangsa yang kukuh. Justeru, kami menjangka permintaan perjalanan akan terus meningkat apabila sekatan sempadan antarabangsa dibuka.
“AirAsia berbangga untuk menyokong inisiatif kerajaan Kemboja ini dan kami berharap untuk melancarkan lebih banyak penerbangan ke negara itu tidak lama lagi. Dari segi operasi, kami telah bersedia secara menyeluruh demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu.”
Para tetamu yang divaksin sepenuhnya dari Malaysia yang ingin melancong ke Kemboja mestilah memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Kerajaan Kemboja sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan.
Mulai sekarang, para tetamu boleh menempah penerbangan mereka ke Phnom Penh daripada hanya RM194 sehala untuk perjalanan antara sekarang dan 23 Mac 2022 dengan menekan ikon ‘Flights’ di airasia Super App. Para tetamu juga boleh mendapatkan tawaran pakej penerbangan dan hotel bernilai hebat dengan diskaun sehingga 30% dengan menekan ikon ‘SNAP’. Mereka yang ingin menempah penginapan secara berasingan boleh menekan ikon ‘Hotels’ untuk menikmati diskaun tambahan 10% dengan kod promosi AAHOTEL10.
Para tetamu di seluruh Malaysia juga boleh menempah penerbangan sulung untuk tiga laluan domestik baharu pada minggu ini - Pulau Pinang-Sibu (27 Januari - Khamis), Johor Bahru-Bintulu (28 Januari - Jumaat), dan Kota Kinabalu-Kuala Terengganu (30 Januari - Ahad).
AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama 20 bulan yang lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. Selain itu, AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan melancarkan sistem pengecaman wajah FACES menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital.
Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 20 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.
Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook.