Pemandu airasia ride dan rakan Allstars bakal nikmati saringan kesihatan percuma melalui kerjasama dengan Mahkota Medical Centre Melaka

Melaka, 18 Oktober 2022 - Platform e-panggilan paling pesat berkembang di Malaysia, airasia ride, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan salah sebuah hospital swasta terbesar dan paling komprehensif di selatan Semenanjung Malaysia, Mahkota Medical Centre (MMC) dalam menyediakan manfaat kesihatan kepada komuniti pemandu e-panggilannya di Melaka.

Melalui kerjasama ini, 30 pemandu airasia ride dan Allstars (kakitangan AirAsia) yang pertama bakal menikmati saringan kesihatan PERCUMA* di MMC mulai sekarang sehingga penghujung Oktober 2022. Kerjasama ini juga bersempena Hari Jantung Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit jantung dalam kalangan masyarakat di negara ini. Selain itu, MMC turut menyediakan ujian darah secara PERCUMA* bernilai RM300* serta tawaran terbaik untuk pembelian profil darah asas pada harga diskaun RM99* sahaja untuk 100 pemandu airasia ride. 

Di samping manfaat buat para pemandunya, pengguna airasia ride juga boleh menikmati diskaun RM3 untuk perjalanan mereka ke MMC dengan menggunakan kod promosi ‘MMCRIDE’. Kedua-dua pengguna sedia ada dan baharu juga boleh menikmati diskaun RM10 untuk perjalanan dari KLIA/KLIA2 ke MMC dan sebaliknya dengan menggunakan kod promosi ‘MMCAIRPORT’. Klik pada ikon ‘Ride’ pada airasia Super App untuk maklumat lebih lanjut.

Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride berkata, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan kerjasama bersama MMC ini dalam memberikan manfaat kesihatan kepada para pemandu e-panggilan kami. Sebagai sebuah penyedia perkhidmatan e-panggilan, pemandu merupakan bahagian yang penting dan asas dalam pengoperasian kami. Kami sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesihatan para pemandu kami kerana kami percaya bahawa mereka akan memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami jika kesihatan fizikal dan mental mereka terjaga.

“Kami amat berterima kasih kepada pihak MMC kerana menawarkan manfaat kesihatan ini kepada para pemandu airasia ride dan Allstars. Kami berharap mereka akan mengambil peluang ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memastikan kesihatan mereka terjaga di samping memberikan perkhidmatan yang terbaik di jalan raya. Kami juga ingin menjemput individu yang berminat untuk menyertai komuniti pemandu airasia ride untuk menghubungi kami.”

Stanley Lam, Ketua Pegawai Eksekutif Mahkota Medical Centre, berkongsi, “Kami berbesar hati untuk menjadi hospital yang pertama di Melaka untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada para pemandu airasia ride sebagai sebahagian daripada kerjasama kami dengan penyedia perkhidmatan e-panggilan. Dedikasi ini adalah selaras dengan komitmen kami untuk menjaga komuniti kami, termasuk pemandu kami.

“Selain itu, melalui kerjasama ini, kami berharap lebih ramai individu akan memberi lebih perhatian terhadap kesihatan jantung mereka, lebih-lebih lagi penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Kempen MyHeart kami telah mengumpulkan lebih 900 peserta, dan kami amat teruja untuk menambah rakan kongsi pemandu airasia ride dan kakitangan AirAsia ke dalam senarai yang semakin berkembang ini.”

airasia ride telah mencapai dua juta tumpangan dalam tempoh setahun pengoperasian dengan lebih 53,000 pemandu berdaftar pada platformnya. Individu yang berminat untuk menjadi pemandu airasia ride boleh mendaftar melalui pautan ini.

airasia ride telah menjadi platform e-panggilan pertama untuk menawarkan pekerjaan sepenuh masa kepada para pemandunya yang layak untuk membolehkan mereka mempunyai kestabilan pekerjaan, dengan pendapatan bulanan minimum RM3,500, manfaat petrol sehingga RM8,000 sebulan termasuk skim insentif pemandu, manfaat kakitangan seperti perlindungan perubatan, KWSP, PERKESO, faedah perjalanan dan banyak lagi. Di samping itu, pemandu sepenuh masa airasia akan diberi keutamaan untuk tugasan perkhidmatan angkut lapangan terbang bagi membolehkan mereka memperoleh pendapatan yang lebih daripada pengambilan dan penghantaran di lapangan terbang.

Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada  Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.