airasia Super App perluas kemudahan tempahan untuk mod pengangkutan darat dan laut
Tempah tiket bas, keretapi dan feri melalui ‘airasia transport’
Dapatkan 20 kali airasia poin untuk transaksi pertama pada airasia transport
KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2022 - Kini anda boleh merancang perjalanan dan percutian anda dengan lebih mudah melalui tawaran terbaharu oleh airasia Super App, airasia transport, yang akan membolehkan para pengguna untuk menempah tiket bas, keretapi dan feri melalui platform yang sama mereka menempah percutian mereka dengan lancar.
Sebagai salah sebuah pemain utama Ejen Pelancongan Dalam Talian (OTA) dengan pilihan penerbangan daripada lebih 700 syarikat penerbangan dan lebih 700,000 hotel di platform tersebut, airasia Super App kini menyediakan pilihan buat para pengguna untuk menempah mod pengangkutan alternatif ke destinasi terakhir mereka.
airasia transport kini tersedia untuk para pengguna di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina dengan lebih 4,000 pengendali pengangkutan di seluruh Asean. Perkhidmatan ini dikuasakan oleh 12Go, salah sebuah OTA untuk kemudahan pengangkutan darat terbesar di Asia.
Nikmati tawaran hebat sempena dengan pelancaran airasia transport
Bagi meraikan pelancaran ini, airasia transport menawarkan 20 kali airasia poin untuk setiap transaksi pertama pengguna pada airasia transport dengan hanya menekan pada ikon ‘Transport’ di aplikasi airasia Super App untuk membuat tempahan.
Mengulas mengenai tawaran kemudahan pengangkutan terbaharu pada aplikasi super itu, Eugene See, Ketua airasia transport, berkata, “Matlamat utama kami adalah untuk mempertingkatkan pengalaman para pengguna airasia Super App, terutamanya dengan memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu yang akan menambah nilai kepada para pelancong. Pelancaran airasia transport sebagai salah satu penawaran terbaharu untuk segmen ‘Travel’ merupakan salah satu strategi kami untuk membolehkan pengguna mendapat akses kepada mod pengangkutan alternatif bagi melengkapkan pengalaman tempahan percutian mereka bersama, semuanya dalam satu platform yang lancar.
“Kami akan terus meningkatkan pengalaman tempahan melalui airasia transport kepada para pengguna kami dan dalam masa terdekat ini. Visi kami adalah untuk membolehkan sesiapa sahaja yang menempah melalui airasia Super App untuk menggandingkan pilihan tempahan airasia transport mereka dengan hotel, penerbangan, dan juga airasia ride,” tambah See.
Tempah dengan empat langkah mudah:
Tekan pada ikon ‘Transport’ pada aplikasi airasia Super App
Pilih laluan anda
Pilih mod pengangkutan pilihan anda
Sahkan tempahan anda
Para ahli boleh memperoleh airasia poin untuk semua pembelian mereka melalui airasia Super App, dari penerbangan ke penginapan hotel dan tawaran makanan. Gunakan ia seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup bersama rakan kongsi eksklusif kami.
Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini.
Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery
*Tekan di sini untuk senarai terma dan syarat.