Nikmati diskaun 30% untuk tempahan penerbangan di airasia Super App!
Nikmati diskaun hebat untuk hotel terpilih
Terbang dari Kuala Lumpur-Sydney dengan diskaun 10%
KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 - Nikmati diskaun 30% untuk semua tempat duduk penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dari sekarang hingga 27 Februari, dengan menekan ikon ‘Flights’ di airasia Super App!
Sebagai menyokong usaha untuk meningkatkan lagi perjalanan domestik dan sebagai persediaan untuk pembukaan semula sempadan antarabangsa tidak lama lagi, promosi ini tersedia untuk tempoh perjalanan dari 28 Februari hingga 30 September 2022. Pengguna airasia Super App boleh menggunakan peluang ini untuk merancang percutian ke destinasi domestik popular seperti Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan banyak lagi melalui rangkaian luas di Malaysia dengan 45 laluan domestik serta Phuket, Thailand. Pengguna Super App juga boleh memilih untuk membayar dengan airasia poin.
Selain itu, nikmati diskaun 10% untuk penerbangan AirAsia X Malaysia (kod penerbangan D7) dari Kuala Lumpur ke Sydney dari sekarang hingga 27 Februari untuk tempoh perjalanan antara 21 Februari dan 22 Mac 2022.
Dalam tempoh promosi yang sama, para tetamu juga boleh menikmati tawaran SNAP (pakej penerbangan dan hotel) dengan diskaun sehingga 50% dengan menekan ikon ‘SNAP’ di airasia Super App.
Para tetamu yang ingin mendapatkan tawaran penginapan sahaja juga akan menikmati diskaun 20% untuk mana-mana hotel yang ditempah di airasia Super App dari 21 Februari hingga 27 Februari 2022 dengan kod promosi ‘AAMORE20’ semasa membuat pembayaran. Mereka hanya perlu menekan pada ikon ‘Hotel’ dan untuk menikmati tawaran penginapan hotel seterusnya!
Mai Yin Tan, Ketua Pegawai Komersial (AirAsia) berkata, “airasia komited untuk menyokong pemulihan pelancongan tempatan menerusi DNA kami iaitu menawarkan perkhidmatan untuk semua dan memastikan perjalanan udara mampu milik. Dengan promosi ini, kami berharap semua orang yang tidak berpeluang untuk bertemu dengan keluarga dan rakan mereka selama beberapa tahun kebelakangan ini akan mengambil kesempatan ini untuk bertemu semula dengan orang yang tersayang.
“Walaupun kami telah bersedia untuk memastikan semua tetamu kami boleh melakukan perjalanan dengan selamat dari sudut operasi melalui perkhidmatan daftar masuk tanpa sentuhan, FACES, dan banyak lagi, AirAsia ingin mengingatkan para tetamu untuk terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dalam perjalanan anda dan kami berharap untuk mengalu-alukan kedatangan anda dalam penerbangan kami tidak lama lagi,” tambah beliau.
Ikuti perkembangan terkini dengan semua e-dagang daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai tawaran e-dagang airasia Super App! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun Apl Super airasia anda daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.