Buat penghantaran serta-merta dengan airasia xpress - kini di Miri dan Kuching

KUCHING, 11 Mac 2022 - Pengguna airasia Super App di Miri dan Kuching, Sarawak, kini boleh menikmati perkhidmatan penghantaran bungkusan segera dengan nilai terbaik daripada airasia xpress bermula hari ini. Perkhidmatan ini dikuasakan oleh Teleport, cabang logistik Capital A.

Untuk meraikan pelancaran perkhidmatan baharu ini, pengguna baharu boleh menggunakan kod promosi SEND5 untuk diskaun RM5 bagi tempahan pertama mereka. Mereka hanya perlu menekan ikon ‘Xpress’ di airasia Super app untuk membuat tempahan atau layari https://www.airasia.com/aa/xpress untuk maklumat lanjut.

Lim Ben-Jie, Ketua Penghantaran, airasia Super App berkata, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan ketibaan airasia xpress di Sarawak. Kami komited terhadap misi teras airasia untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua golongan, dan dengan pengembangan ini, pengguna di Miri dan Kuching sebagai permulaan, akan menikmati perkhidmatan penghantaran antara-bandar terpantas dan berpatutan di rantau ini. Kami menggalakkan perniagaan kecil dan perusahaan sosial untuk menggunakan tawaran ini bagi menjimatkan kos dan mengembangkan perniagaan mereka. Selain itu, peniaga dan pelanggan individu juga boleh menikmati perkhidmatan penghantaran bungkusan yang terjamin, cekap dan bernilai tinggi.” 

Pelanggan airasia xpress boleh mendapatkan bungkusan dan dokumen mereka dalam masa kurang daripada satu jam melalui perkhidmatan penghantaran segera atau perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama (barangan dihantar dalam masa 4-6 jam) menggunakan motosikal dan kereta. 

Dengan airasia xpress, perkhidmatan atas permintaan boleh dibuat dengan hanya 4 langkah mudah: Klik pada ikon ‘Xpress’ di airasia Super App, isi butiran lokasi pengambilan dan lokasi penghantaran, pilih kaedah pembayaran dan sahkan tempahan.

Selain Miri dan Kuching, airasia xpress juga tersedia di tujuh buah bandar di Malaysia: Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu serta di Singapura dan Bangkok, Thailand. Perkhidmatan penghantaran antara bandar, antara negeri dan antarabangsa di bandar utama lain di seluruh rantau akan dilancarkan tidak lama lagi.

Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar melalui halaman ini.

Ikuti perkembangan terkini airasia Super App melalui @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.