airasia Super App bekerjasama dengan CGS-CIMB Securities untuk mendemokrasikan pelaburan pasaran modal untuk peniaga di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara - “Kini sesiapa pun boleh melabur”

Ketua Teknologi Kewangan airasia Super App, Mohamad Hafidz Mohd Fadzil (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif CGS-CIMB Securities, Ruzi Rani Ajith menandatangani memorandum persefahaman hari ini.

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2022 airasia Super App, syarikat di bawah Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group) dan CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd. (CGS-CIMB Securities) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) pada hari ini untuk bekerjasama mendemokrasikan perdagangan ekuiti dan menjadikan pelaburan lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh semua orang, terutamanya kepada golongan bukan pelabur.

Inisiatif ini adalah sejajar dengan Pelan Induk Pasaran Modal Ketiga oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang bertujuan untuk memperkasakan pelabur dalam membina masa depan yang lebih baik. Ia ditawarkan melalui nasihat pelaburan yang berkualiti dan keupayaan yang dipertingkatkan dari segi teknologi untuk memenuhi keperluan pelabur yang semakin berkembang.

Sebagai sebuah jenama yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang boleh dipercayai oleh pelanggan di seluruh Asia Tenggara, airasia Super App dan CGS-CIMB Securities akan menggabungkan kekuatan masing-masing untuk menjadikan pelaburan pasaran modal lebih mudah diakses, berpatutan dan inklusif secara digital kepada orang ramai.

Sama seperti airasia yang telah mendemokrasikan perjalanan udara untuk penduduk di Asia Tenggara, kerjasama ini bertujuan untuk membawa pelaburan pasaran modal kepada orang ramai dengan memanfaatkan matlamat pelanggan dan strategi terbaik oleh CGS-CIMB Securities dan Capital A. Sama seperti slogan airasia, visi inisiatif ini adalah “Kini sesiapa pun boleh melabur.”

Ketua Pegawai Teknologi Kewangan airasia Super App, Mohamad Hafidz Mohd Fadzil berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan CGS-CIMB Securities kerana ia sejajar dengan misi kami untuk menawarkan perkhidmatan yang inklusif, berpatutan dan boleh diakses untuk semua. Kami percaya kami dapat menyediakan perkhidmatan kewangan terbaik yang sebelum ini hanya tersedia untuk golongan tertentu dan terhad, seterusnya memenuhi matlamat kami untuk menyediakan perkhidmatan untuk semua golongan.”

Ruzi Rani Ajith, Ketua Pegawai Eksekutif CGS-CIMB Securities berkata, “Kami turut berbesar hati untuk bekerjasama dengan airasia Super App dan memanfaatkan model perkhidmatan pelaburan CGS-CIMB Securities. Dengan lebih 40 tahun pengalaman di Asia, kami telah berkembang daripada menjadi broker tradisional kepada penyedia penyelesaian kewangan yang dipercayai bukan sahaja untuk pelanggan institusi malah untuk semua. Dengan tumpuan pada elemen ​​Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) , kami akan mengimbangi kedudukan pasaran dengan menyediakan kursus kewangan supaya sebagai “sesiapa pun boleh melabur” dan melakukannya dengan pengetahuan dan kebijaksanaan. Visi kami adalah untuk mencipta peluang pelaburan kepada semua golongan, dengan platform yang mudah digunakan dan berpatutan.”

***TAMAT***

About AirAsia Super App

The airasia Super App is a one-stop travel, e-commerce and fin-tech platform offering consumers over 15 lines of products and services via the super app as well as airasia.com website. Powered by data and technology, the airasia super app leverages its digital ecosystem of 51 million users and 40 million downloads to generate personalised and seamless consumer experience in the digital new era. Users can also engage in real-time conversations, join like-minded communities, play games and much more. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on the airasia Super App. Download the airasia Super App via the Apple App Store or the Google Play Store.

About CGS-CIMB Securities Sdn Bhd

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd is part of the larger CGS-CIMB group and is a Participating Organisation of Bursa Malaysia Securities Berhad. We are one of the top three brokerage houses in Malaysia.

CGS-CIMB Securities International Pte. Ltd (“CGS-CIMB”) is one of the leading integrated financial service providers in Asia. It is a joint venture between China Galaxy International Financial Holdings Limited, a wholly-owned subsidiary of China Galaxy Securities Co. Ltd. and CIMB Group Sdn Bhd. 

Through a network of local offices, branches and strategic partners, we have a global presence in over 20 countries, providing a truly Asian perspective. We are well-position as Asia’s leading financial gateway with a core focus on well researched and in-depth analysis on financial products. 

 We are a customer-centric firm and focus on value creation for clients, offering a suite of investment and financial solutions for retail and institutional clients. Our businesses include retail broking, institutional equities, derivatives, prime services, equities research, wealth management and online broking. 

 Backed by an award-winning research team, we have one of the most comprehensive research coverage of over 970 stocks in the region. Our strong research capabilities form the backbone of our product and service offerings, connecting clients to opportunities.

 For media enquiries, please contact:

Daphne Cheah

Group Communications

+60 12-653 8161

groupcomms@airasia.com

 

Ms Chong Chyi Ming

Marketing and Communications

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd

(Participating Organisation of Bursa Malaysia)

Mobile: +6012 -225 7968

Email: chyiming.chong@cgs-cimb.com