airasia Super App terus perkembang keupayaan sebagai agensi pelancongan dalam talian dengan Trip.com

KUALA LUMPUR, 14 April 2022 - airasia Super App terus memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu ejen pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka Asean melalui kerjasama dengan Trip.com, salah satu ejen pelancongan dalam talian terkemuka di dunia, dan tersenarai di bawah NASDAQ dan Bursa Saham Hong Kong (HKEX) sebagai Trip.com Group.

Kerjasama dua jenama pelancongan terkemuka ini bakal membolehkan airasia Super App untuk mengakses lebih 1.2 juta hotel dari 200 negara dan wilayah yang akan ditambah ke dalam senarai inventorinya, seterusnya menawarkan lebih banyak pilihan dan nilai kepada pelancong untuk melengkapkan rancangan perjalanan mereka.

Sempena pengumuman kerjasama ini, airasia Super App menawarkan diskaun 10% untuk semua tempahan hotel di semua negara yang tersedia dengan kod promosi AATRIP10 mulai hari ini hingga 17 April 2022. Para tetamu boleh menekan ikon ‘Hotel’ pada airasia Super App untuk mula membuat tempahan.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Industri pelancongan kini kembali berkembang di seluruh rantau ini dan kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Trip.com dalam menyediakan tawaran terbaik kepada pengguna airasia Super App. Melalui kerjasama ini, keupayaan kami sebagai agensi pelancongan dalam talian bukan sahaja akan diperluaskan dengan ketara melalui kepakaran Trip.com dalam inovasi teknologi industri pelancongan, malah membolehkan kami menawarkan pilihan dan kemudahan yang lebih lancar dan baik kepada para pelanggan. Kami akan terus memanfaatkan kekuatan kami sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dan data yang telah kami bina sejak dua dekad lalu untuk membolehkan kami memahami pengguna dengan lebih baik. Selain itu, kerjasama ini pastinya akan mengukuhkan lagi ekosistem perjalanan kami dan kami akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna airasia Super App yang baharu dan sedia ada dengan memberikan lebih banyak tawaran perjalanan melalui kerjasama dengan Trip.com.”

Yudong Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Penerbangan Trip.com Group berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan airasia untuk menyokong pertumbuhan pasaran pelancongan di seluruh rantau ini. Melalui gabungan teknologi airasia dan Trip.com serta pengguna yang lebih ramai, kami kini mampu menyediakan lebih 1.2 juta pilihan penginapan tambahan kepada pelancong melalui airasia Super App. Trip.com berbangga untuk memulakan fasa pertumbuhan baharu melalui kerjasama ini, dan akan terus berusaha untuk menghubungkan para pelancong dan produk ke seluruh dunia.” 

airasia Super App baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa jenama terkemuka lain seperti MG Group, WebBeds, Travelport dan terkini Trip.com ke dalam platform agensi pelancongan dalam taliannya. Kerjasama tersebut adalah sebagai sebahagian daripada strategi berterusan untuk menjadi ejen pelancongan atas talian terkemuka dan sebagai aplikasi perjalanan dan gaya hidup pilihan di rantau Asean. Pihak yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada ejen pelancongan dalam talian di platform airasia Super App boleh menghubungi aacompartners@airasia.com.

airasia Super App ialah platform sehenti untuk perkhidmatan perjalanan, e-dagang dan teknologi kewangan yang menawarkan pengguna lebih daripada 15 jenis produk dan perkhidmatan. Dikuasakan oleh data dan teknologi, airasia Super App memanfaatkan ekosistem digitalnya yang mempunyai seramai 51 juta pengguna dan 40 juta muat turun untuk memberikan pengalaman pengguna yang diperibadikan dan lancar dalam era baharu digital.

Pengguna juga boleh menikmati ciri perbualan masa nyata, menyertai komuniti, permainan digital dan banyak lagi. Daripada keperluan perjalanan kepada keperluan gaya hidup seharian, semuanya tersedia di airasia Super App.

Ikuti perkembangan terkini rangkaian e-dagang airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

***TAMAT***

About airasia Super App

The airasia super app is a one-stop travel, e-commerce and fin-tech platform offering consumers over 16 lines of products and services via the super app as well as airasia.com website. Powered by data and technology, the airasia super app leverages its digital ecosystem of 75 million users and 40 million downloads to generate personalised and seamless consumer experience in the digital new era. Users can also engage in real-time conversations, join like-minded communities, play games and much more. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on the airasia super app. 

Download the airasia super app via the Apple App Store or the Google Play Store. 

About Trip.com

Trip.com is an international one-stop travel service provider, available in 20 languages across 27 countries and regions in 31 local currencies and sites. Trip.com has an extensive hotel and flight network consisting of more than 1.2 million hotels and flights from over 480 airlines covering 2,600 airports in 200 countries and regions around the globe. Trip.com's world-class 24/7 multilingual customer service as well as additional centres in Edinburgh, Tokyo and Seoul, help to 'create the best travel experience' for its millions of customers worldwide. To book your next trip, visit trip.com

Trip.com Media Contact: pr@trip.com