Project Kavvai perkenal dua idola maya baharu sempena tahun kedua

  • Airi Gwynevere & Mikazuki Mai bakal membuat kemunculan sulung pada 23 & 24 April pada jam 8.00 malam

  • Kedua-dua idola maya ini akan dikenali sebagai Lunetide

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 - Project Kavvaii, sebuah inisiatif oleh airasia Super App bakal mengumumkan dua idola maya baharu iaitu Airi Gwynevere dan Mikazuki Mai, sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk berhubung bersama khalayak dengan cara baharu.

Airi Gwynevere dan Mikazuki Mai telah dipilih selepas menjalani ujibakat terbuka kedua yang diumumkan oleh Project Kavvaii pada bulan November tahun lalu, berikutan kejayaan idola maya pertamanya iaitu Aozora Kurumi, yang bakal menyambut ulang tahun pertamanya pada 8 Mei 2022.

Sejak kemunculan sulung Kurumi pada bulan Mei 2021, idola maya pertama oleh Project Kavvaii itu telah melengkapkan lebih 150 strim dan mengumpul lebih daripada 22,000 langganan serta lebih 1.2 juta tontonan di YouTube.

Untuk Project Kavvaii Generasi ke-2, kedua-dua idola maya ini bakal diperkenalkan sebagai Lunetide. Airi Gwynevere ialah seorang ahli sihir purba yang keseorangan diilustrasikan oleh ilustrator Nana dan Ran. Manakala Mikazuki Mai ialah seorang pemburu ahli sihir muda yang memiliki seekor isopod sebagai haiwan peliharaan bernama Zuozuo diilustrasikan oleh Hen dan Veiny.

Mengenai kemunculan sulung idola maya Project Kavvaii Generasi ke-2, Rudy Khaw, Ketua Pegawai Jenama Kumpulan airasia Super App berkata, “Kami amat berbesar hati dengan pencapaian idola maya pertama kami iaitu Aozora Kurumi yang telah melengkapkan kandungan penstriman airasia Super App sepanjang tahun lalu. Matlamat jangka panjang kami adalah untuk membolehkan Project Kavvaii berkembang sebagai cabang bakat maya dan menyediakan peluang hiburan serta penglibatan untuk para peminat, jenama dan komuniti. Kami percaya bahawa orang ramai menggunakan kandungan dalam talian secara berbeza pada masa kini, dan kami ingin mendorong inovasi tersebut untuk kekal relevan dalam komuniti dalam talian dan aliran pasaran.

“Pastinya, kedua-dua Gwynevere dan Mai akan menjadi penyeri kumpulan bakat idola maya airasia Super App di mana mereka akan menstrim permainan dalam talian, muzik dan bersembang secara langsung. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton penampilan sulung Gwynevere pada 23 April dan Mai pada hari berikutnya 24 April di saluran YouTube masing-masing,” tambah Rudy Khaw.

Project Kavvaii adalah satu program oleh airasia Super App untuk mencari dan membangunkan idola maya di Asean yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2021.

Kedua-dua bakat daripada Project Kavvaii Generasi ke-2 iaitu Lunetide akan memperoleh kontrak setiap seorang dan menikmati akses kepada pasukan sokongan dan satu set lengkap untuk tujuan penstriman selain berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga airasia dan bekerjasama dalam membantu membentuk dan membina watak tersebut.

Kenali Gwynevere dengan mengikuti halaman YouTube dan Twitter, serta YouTube dan Twitter Mai.

*** TAMAT ***

Mengenai Lunetide (Airi Gwynevere dan Miyazuki Mai)

Pemburu ahli sihir Miyazuki Mai bertemu dengan Airi Gwynevere, seorang ahli sihir yang terperangkap di dalam sebuah bilik bawah tanah setelah sekian lama. Mai ‘tanpa sengaja’ telah membebaskan Gwyn dan menyedari bahawa dia tidak begitu hebat sebagai seorang pemburu ahli sihir.

Tanpa sumber pendapatan, kedua-duanya tidak mempunyai pilihan lain selain untuk bekerja bersama-sama di sebuah bar yang diasaskan oleh Gwyn untuk menyara kehidupan, kerana mereka tidak dapat melakukan aktiviti melatih ilmu sihir pada siang hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai Project Kavvaii, layari airasia.com/projectkavvaii