AirAsia umum penyambungan semula penerbangan antara Kota Kinabalu dan Manila
Penerbangan Kota Kinabalu-Manila tersedia untuk tempahan bermula 27 hingga 29 Mei 2022 dari serendah RM115 sehala sahaja
Kota Kinabalu, 27 Mei 2022 - AirAsia kini bersedia untuk kembali ke ibu kota Filipina iaitu Manila dari Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Mei 2022 dengan kekerapan penerbangan dua kali seminggu.
Dua penerbangan mingguan antara Kota Kinabalu dan Manila itu kini tersedia untuk tempahan dengan promosi Super Flash Deals selama tiga hari dari sekarang sehingga 29 Mei 2022 dengan harga serendah hanya RM115 sehala melalui airasia Super App. Para pengguna boleh membuat tempahan penerbangan mereka sekarang untuk tempoh perjalanan antara 5 September 2022 sehingga 25 Mac 2023.
Ricky Isla, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Filipina, berkata, “Penyambungan semula penerbangan dari Filipina ke destinasi utama di ASEAN bermula dengan Kota Kinabalu menandakan proses pemulihan syarikat penerbangan kami, terutamanya untuk pasaran antarabangsa. Kami berharap dapat menyokong pemulihan pelancongan dan ekonomi Sabah dengan penyambungan semula penerbangan dari Kota Kinabalu. Kami percaya dengan pelonggaran protokol keselamatan dan keperluan ujian juga telah menghidupkan semula keinginan untuk melancong dalam kalangan warga Filipina.”
Satu tinjauan telah dilakukan oleh AirAsia Filipina pada Disember 2021 menunjukkan bahawa warga Filipina lebih terbuka untuk melakukan perjalanan dalam kumpulan kecil bersama keluarga mereka (69%), pasangan (40%), dan teman rapat (24%) pada tahun ini sekiranya protokol perjalanan antarabangsa dilonggarkan. Antara destinasi pilihan pengembara warga Filipina termasuklah Singapura (73%) dan Jepun (71%). Menduduki kedudukan kesembilan dalam senarai destinasi antarabangsa pilihan warga Filipina ialah Kota Kinabalu, Malaysia, dengan 47% peserta tinjauan memilih destinasi itu sebagai destinasi pilihan mereka.
Puan Noredah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, berkata, “Kami mengalu-alukan penyambungan semula penerbangan AirAsia daripada Filipina ke Kota Kinabalu. Ini adalah penerbangan antarabangsa AirAsia yang kedua untuk kembali ke Kota Kinabalu selepas Singapura. Kami amat teruja dengan penyambungan semula penerbangan antarabangsa. STB akan terus mempromosikan Sabah sebagai sebuah destinasi pelancongan di pasaran Filipina, terutamanya kepada para pendaki yang ingin menawan Gunung Kinabalu serta produk pelancongan khusus yang lain.”
Para pengembara yang tiba ke Filipina hendaklah memuat turun dan mengaktifkan Aplikasi Pengesanan Traze Contact dan mendaftar untuk Kad Pengisytiharan e-Kesihatan (e-HDC) melalui Biro Kuarantin OneHealthPass (OHP). Untuk maklumat lanjut berkenaan jadual, keperluan perjalanan dan protokol, layari halaman airasia Flysafe.
Kini, sebanyak 95% daripada keseluruhan tetamu AirAsia Malaysia telah beralih kepada ciri daftar masuk kendiri melalui airasia Super App dan laman webnya sebagai sebahagian daripada langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat. Syarikat penerbangan tersebut akan terus mempromosikan prosedur tanpa sentuh sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan lagi pelan mitigasi Covid-19.
AirAsia menggalakkan semua tetamu untuk memuat turun dan menaik taraf aplikasi airasia Super App mereka untuk perjalanan yang lancar dan tanpa sentuhan.
Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter AirAsia kini hanya tersedia untuk tetamu tertentu sahaja di semua lapangan terbang di Malaysia bermula 1 April 2022. Antara tetamu yang dikecualikan adalah warga emas berusia 70 tahun ke atas, orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penumpang remaja yang membuat perjalanan bersendirian, tempahan berkumpulan seramai 10 orang tetamu, penumpang penerbangan sewa khas dan lain-lain.
AirAsia telah diiktiraf dengan tahap keselamatan tertinggi sebanyak dua kali berturut-turut, dengan penilaian 7/7 daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com pada tahun 2021 dan 2022.
Untuk maklumat lanjut tentang langkah keselamatan dan SOP perjalanan AirAsia, sila rujuk pada nasihat perjalanan terkini di sini.
Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.