#PickYourSuperAdventure sekarang bersama airasia Super App!
Nikmati tawaran hebat untuk penerbangan, hotel, SNAP, e-panggilan dan barangan bebas cukai mulai 13 Jun hingga 17 Julai
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2022 - Nikmati pengalaman pelancongan istimewa seperti menyelami pengalaman budaya baharu, merasai hidangan eksotik serta nikmati keindahan pantai dan bandar di seluruh rantau ini bersama airasia Super App #PickYourSuperAdventure mulai sekarang sehingga 17 Julai 2022.
Tonton video interaktif di bawah (dan tonton sehingga tamat untuk kejutan!)
Para pengguna airasia Super App boleh memenuhi keinginan percutian mereka mengikut keselesaan mereka dengan tawaran hebat untuk menerokai destinasi seperti Jakarta, Bangkok, Singapura, dan Phuket, atau destinasi dalam negara seperti Kota Kinabalu dan Melaka untuk percutian segera.
Tawaran Penerbangan, Hotel, dan SNAP
Sebagai permulaan, pengguna airasia Super App boleh menikmati DISKAUN 20% untuk semua tempat duduk pada semua penerbangan dengan menekan pada ikon “Flights” atau DISKAUN 30% untuk tawaran SNAP (penerbangan + hotel) ke Jakarta melalui ikon “SNAP” bermula 13 hingga 19 Jun 2022. Para tetamu yang ingin membuat tempahan hotel boleh menikmati tawaran penginapan terbaik di Melaka, dengan tawaran penginapan bermula pada hanya RM182 sepanjang tempoh promosi berlangsung. Para tetamu boleh menekan pada ikon “Hotels” pada airasia Super App untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Tawaran airasia ride dan barangan Bebas Cukai
Para tetamu yang menempah penerbangan antarabangsa bersama AirAsia boleh menikmati perkhidmatan angkut lapangan terbang melalui airasia ride dengan tambang serendah RM49 sehala (di Lembah Klang) serta boleh menggunakan kod promosi DISKAUN RM10 yang boleh didapati semasa membuat tempahan penerbangan mereka. Selain itu, pengguna boleh menikmati diskaun 50% untuk barangan bebas cukai dengan menekan pada ikon ‘Travelmall’ di airasia Super App sepanjang kempen ini berlangsung.
Michele Mattotti, Ketua Pegawai Pemasaran airasia Super App berkata “Para pengguna airasia Super App boleh menikmati pelbagai tawaran dan pilihan Super tanpa had melalui kempen #PickYourSuperAdventure. Kami ingin menawarkan tawaran yang menarik dan tanpa tandingan untuk memenuhi keperluan dan personaliti semua pengembara. Sama ada mereka ingin menikmati keindahan bayu laut di tepi pantai atau ingin menerokai bandar bersejarah dan mencari permata tersembunyi – semuanya tersedia untuk mereka. Tidak lupa juga kepada para penggemar makanan yang sentiasa ingin mencuba pelbagai hidangan tempatan untuk memenuhi keinginan mereka. Tonton video dan pilih pengalaman pengembaraan Super anda hari ini bersama airasia Super App #PickYourSuperAdventure.”
Terdapat beberapa tawaran berlainan disasarkan untuk memenuhi pelbagai keperluan para pengembara di seluruh Asean jadi terus ikuti kempen #PickYourSuperAdventure di sini untuk mengetahui tawaran terbaru mulai sekarang sehingga 17 Julai 2022.
Para ahli boleh memperoleh mata ganjaran airasia untuk semua pembelian mereka melalui airasia Super App daripada penerbangan hingga ke penginapan hotel, perkhidmatan airasia ride dan airasia food dan banyak lagi. Gunakan mata ganjaran tersebut seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup lain bersama rakan kongsi eksklusif kami.
Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.