airasia Super App lancar ciri e-dompet gelung tertutup baharu untuk pengalaman pembayaran dalam aplikasi yang lebih lancar
airasia pocket lengkapkan ekosistem sebagai opsyen pembayaran pilihan untuk produk serta perkhidmatan pada airasia Super App
(Efektif 1 Ogos 2022, semua tambah nilai untuk airasia pocket hanya boleh dilakukan melalui kad BigPay. Klik di sini untuk mendaftar kad BigPay anda hari ini.)
KUALA LUMPUR, 17 Jun 2022 - airasia Super App hari ini mengumumkan satu lagi ciri baharu pada aplikasinya iaitu airasia pocket, satu ciri dompet elektronik (e-dompet) gelung tertutup pada aplikasi super tersebut yang membolehkan para penggunanya untuk mengisi semula baki dan membuat pembayaran untuk semua produk dan perkhidmatan yang tersedia pada aplikasi itu di samping berpeluang untuk mendapat ganjaran.
Pengguna airasia pocket berpeluang untuk memperoleh mata ganjaran airasia semasa proses pengaktifan, selain menikmati tambahan 10% diskaun untuk semua tempahan penerbangan AirAsia dan 10x mata ganjaran airasia dengan setiap pesanan melalui airasia food pada hujung minggu. Tempah perkhidmatan e-panggilan airasia ride anda hari ini dan nikmati pengalaman yang lancar dalam aplikasi serta ketika dalam perjalanan dengan ciri e-dompet Super App kami, airasia pocket.
Klik di sini untuk mengaktifkan airasia pocket pada airasia Super App anda sekarang.
airasia pocket kini tersedia untuk semua pengguna airasia Super App di Malaysia dalam mata wang Ringgit Malaysia. Ia boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi super tersebut dengan mendaftar untuk akaun airasia pocket melalui beberapa langkah mudah. Terdapat dua jenis akaun airasia pocket iaitu Lite dan Pro. Akaun Lite disyorkan untuk kegunaan harian dengan had saiz dompet sebanyak RM500, manakala untuk akaun Pro pula direka untuk transaksi bernilai tinggi dengan had saiz dompet sehingga RM4,999.
Ciri-ciri pada airasia pocket telah dibangunkan oleh Fass Payment Solutions Sdn Bhd (Fasspay), sebuah pemain industri e-dompet label putih dan penyedia e-wang yang diperakui oleh Bank Negara Malaysia. Platform ini direka bentuk untuk membolehkan rakan kongsinya untuk membina serta menginovasi platform pembayaran tindanan penuh Fasspay dan menawarkan pelbagai perkhidmatan pembayaran serta kewangan kepada para pelanggan mereka.
Mohamad Hafidz Mohd Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Teknologi Kewangan airasia Super App, berkata “Seiring dengan pembentukan semula landskap kewangan melalui teknologi kewangan dan neobank di Malaysia dan seluruh rantau ASEAN, airasia Super App terus menjadi pengganggu industri dan mengembangkan perkhidmatan teknologi kewangannya melalui pelancaran airasia pocket, di mana ia membolehkan para pengguna aplikasi kami untuk membuat pembayaran untuk semua produk dan perkhidmatan di dalam ekosistem Super App dengan lebih pantas. Ini termasuk pembayaran untuk tempahan penerbangan dan hotel, serta perkhidmatan lain seperti airasia food, airasia grocer, airasia xpress, atau ketika menempah perkhidmatan e-panggilan melalui airasia ride. Ini selaras dengan strategi teknologi kewangan kami untuk memacu pengalaman pengguna yang lancar dan menjadikan pembayaran atas talian lebih mudah. Melalui kerjasama bersama rakan kongsi kami di Fasspay, para pengguna kini boleh menggunakan ciri baharu ini tanpa ragu kerana ia adalah selamat, patuh, dan dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia.”
Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, berkata “Ini merupakan langkah terakhir kami dalam memuktamadkan sepenuhnya ekosistem airasia, di mana ia bakal menunjukkan potensi sebenar airasia Super App. airasia pocket merupakan cara yang lebih mudah, pantas serta lebih bermanfaat untuk membayar segalanya di dalam ekosistem airasia. Melalui penyediaan airasia pocket juga dapat memberikan kami pemahaman yang lebih mendalam terhadap tingkah laku pelanggan yang akan membantu kami dalam memberikan nilai yang lebih baik serta perkhidmatan yang lebih berkualiti termasuk proses bayaran balik yang lebih cepat buat para pengguna kami.”
Chris Leong, Ketua Pegawai Eksekutif Fasspay, berkata “Kami berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi airasia Super App dalam usaha pembangunan teknologi kewangannya dan kami akan terus menyokong aspirasinya untuk berkembang di peringkat serantau serta global. Misi Fasspay adalah untuk membolehkan rakan kongsi kami, seperti airasia Super App, merealisasikan visi mereka dalam mengembangkan perkhidmatan kewangannya melalui penggunaan dompet-sebagai-servis. Kerjasama ini hanyalah permulaan untuk Fasspay dalam mencapai matlamat utama kami iaitu untuk memanfaatkan platform pembayaran tindanan penuh kepada para pelanggan sama ada kecil dan besar di seluruh dunia.”
Buat masa ini, tambah nilai untuk airasia pocket adalah tersedia melalui kad BigPay. Klik di sini untuk mendaftar kad BigPay anda hari ini.
Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
*** TAMAT ***
About airasia Super App
The airasia Super App is a one-stop travel, e-commerce and fin-tech platform offering consumers over 15 lines of products and services via the super app as well as airasia.com website. Powered by data and technology, the airasia super app leverages its digital ecosystem of 51 million users and 40 million downloads to generate personalised and seamless consumer experience in the digital new era. Users can also engage in real-time conversations, join like-minded communities, play games and much more. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on the airasia Super App. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on the airasia Super App. Download the airasia Super App via the Apple App Store, Google Play Store, or Huawei AppGallery.
About Fass Payment Solutions Sdn Bhd
Established in 2012, Fass Payment Solutions Sdn Bhd (“Fasspay”) is a wholly-owned subsidiary company of the world’s leading SoftPOS player, Soft Space Sdn Bhd (“Soft Space”), that acts as a merchant acquiring arm for partner banks. With over 30 financial institutions across 10 countries, Fasspay provides more than just mobile payment solutions. As a non-bank e-money issuer regulated by Bank Negara Malaysia, and a Visa Ready BIN Sponsor, Fasspay is able to provide merchant partners white label e-wallet services and white label Visa prepaid card that serves as a value-add to their existing business solution.
To learn more, visit www.fasspay.com.
Press Contact for airasia super app:Daphne Cheah Tel: +60126538161 Email: superappcomms@airasia.com
Press Contact for Fasspay:Brenda LimTel: +603 7494 1222Email: brenda.lim@softspace.com.my