Beli & Menang Penerbangan Percuma* dengan airasia food!

Pengguna boleh menebus satu tiket penerbangan pergi balik secara percuma ke Langkawi untuk setiap sepuluh tempahan melalui airasia food dengan menggunakan kod penebusan FREEFLIGHT untuk setiap pesanan dari 1 sehingga 31 Ogos

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2022 - airasia food, cabang penghantaran makanan airasia Super App, akan melancarkan kempen promosi khas untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia, sambil menggalakkan pelancongan domestik bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini, dengan satu penerbangan pergi balik secara percuma* ke Langkawi untuk setiap sepuluh pesanan makanan yang dibuat di platform tersebut.

Sepanjang bulan Ogos (1-31 Ogos 2022) ini, ikuti langkah mudah di bawah untuk memastikan anda boleh menebus penerbangan pergi balik secara percuma* ke Langkawi:

  1. Masukkan kod penebusan FREEFLIGHT semasa membuat pembayaran untuk setiap pesanan yang dibuat sepanjang bulan Ogos, dengan hanya perbelanjaan minimum RM25 setiap pesanan.

  2. Apabila mencapai 10 pesanan menggunakan kod penebusan FREEFLIGHT, anda akan menerima notifikasi bersertakan kod baucar unik dalam masa seminggu (7 hari) selepas 31 Ogos untuk menempah penerbangan anda dari Kuala Lumpur atau Pulau Pinang ke pulau percutian Langkawi!

  3. Hanya pilih tarikh dan masa pilihan anda untuk menempah penerbangan AirAsia ke percutian Langkawi anda yang seterusnya, dan masukkan kod baucar unik semasa membuat pembayaran di bahagian E-Gift Voucher.

Setelah menerima kod baucar unik untuk penerbangan percuma, pengguna boleh mula menempah penerbangan mereka mulai 1 September sehingga 14 September 2022 dan mula melancong dari 1 September hingga 30 November 2022. 

Tan Suan Sear, Ketua Serantau airasia food, berkata, “Kami memulakan perjalanan kami dengan membina platform untuk membantu peniaga-peniaga meneruskan perniagaan mereka semasa pandemik, dengan menggunakan pangkalan data pengguna yang luas dan ekosistem teguh yang merangkumi setiap aspek keperluan perjalanan dan gaya hidup pengguna kami. Kini, sambil memanfaatkan keupayaan syarikat penerbangan kami dan juga di samping permintaan untuk melancong yang tinggi, kami berharap pengguna setia yang telah menyokong sejak pelancaran kami dapat memanfaatkan promosi ini dan mendapat ganjaran untuk menerokai syurga tropika negara ini di Langkawi, yang boleh ditebus melalui airasia Super App,”

“Kami di airasia Super App dan juga semua peniaga di platform ini ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap pengguna airasia food yang telah menyokong sepanjang perjalanan kami. Kami sangat gembira dengan perjalanan dan perkembangan airasia food setakat ini dan kami turut memberikan sokongan yang berterusan kepada restoran dan peniaga-peniaga semasa mereka memerlukan bantuan sambil menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan yang terbaik dan berpatutan untuk pelanggan kami.”

Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan airasia delivery boleh mendaftarkan diri di halaman ini.

airasia food kini boleh didapati di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Ipoh, Kota Bharu, Kuching dan Miri di Malaysia, serta Singapura, Tangerang dan Jakarta di Indonesia, dan Phaya Thai, Ratchathewi, Pathum Wan, Watthana, Din Daeng, Chatuchak, Lat Phrao, dan Huai Khwang di Bangkok, Thailand.

Ahli boleh memperoleh airasia points untuk semua pembelian mereka di airasia Super App, daripada penerbangan ke penginapan hotel, airasia ride, airasia food, dan banyak lagi. Gunakan airasia points seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, barangan runcit dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami.

Ikuti perkembangan terkini dengan segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada  Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

*TAMAT*

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Tempat duduk percuma tidak termasuk caj perkhidmatan penumpang, yuran MAVCOM, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkenaan.