airasia food lancar khidmat penghantaran makanan antara bandar melalui udara pertama di Malaysia, dari Pulau Pinang ke Lembah Klang
Penduduk Lembah Klang boleh memenuhi keinginan mereka untuk menikmati hidangan terkenal dari Pulau Pinang seperti Char Koay Teow, Nasi Kandar, Mi Goreng Sotong, Mi (Udang) Hokkien, Mi Kari Putih dan banyak lagi
Hidangan hangat dan segar tersedia untuk penghantaran pada hari yang sama dalam protokol kawalan kebersihan yang ketat ke lokasi terpilih di Lembah Klang dengan caj penghantaran pengenalan hanya RM5.99 setiap pesanan
KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2022 - Memanfaatkan keunikan sebagai satu-satunya pemain industri perkhidmatan penghantaran makanan di rantau ini di bawah kelolaan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbesar di Asia, airasia food hari ini melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar yang terbaharu untuk membolehkan pengguna menikmati juadah kegemaran mereka dari seluruh negara, diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu mereka.
Mulai 15 Ogos, platform penghantaran makanan airasia Super App itu bakal memulakan perkhidmatan uniknya untuk kawasan terpilih di Lembah Klang dan para pengguna boleh memenuhi keinginan mereka untuk menikmati juadah terkenal dari Pulau Pinang dengan hanya menekan pada ikon ‘Food’ pada aplikasi super tersebut. Pilihan makanan termasuk pilihan menu Halal daripada Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, Jeruk Campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih Nyonya daripada Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe dan makanan tidak halal daripada Tiger Char Koay Teow, 888 Hokkien Mee Jalan Iradiwati dan banyak lagi.
Semua pesanan makanan akan dimasak dan disediakan terus dari kedai dan akan diterbangkan mengikut protokol kebersihan yang ketat dari Penang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minggu, dengan caj penghantaran berpatutan hanya RM5.99 setiap pesanan. Tempahan akan ditutup pada jam 5 petang sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan. Para pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan kegemaran mereka sehingga 30 hari lebih awal.
Tan Suan Sear, Ketua Serantau airasia food, berkata, “Malaysia terkenal dengan kepelbagaian juadah makanannya yang digemari dunia, dan ada yang sanggup untuk merantau jauh untuk memenuhi keinginan mereka. Kami berhasrat untuk memenuhi keinginan anda dengan mudah sehingga ke hadapan pintu rumah dengan pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar ini! Sebagai sebuah platform penghantaran makanan yang berada dalam ekosistem yang sama dengan rangkaian penerbangan luas AirAsia, kami berbangga untuk memperkenalkan sesuatu yang unik dalam industri penghantaran makanan iaitu membawa hidangan dari seluruh dunia kepada anda. Selain itu, matlamat kami adalah untuk memberi peluang kepada peniaga tempatan memanfaatkan ekosistem airasia untuk mencapai khalayak yang lebih luas serta memperluas khidmat penghantaran mereka ke luar negeri kerana mereka dapat mempromosikan produk mereka kepada jutaan pengguna aktif airasia Super App di seluruh rantau ini.”
“Setakat hari ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan beberapa hidangan terbaik yang ditawarkan oleh kampung halaman saya, Pulau Pinang, dan tidak lama lagi perkhidmatan baharu ini juga akan merangkumi makanan dari negeri lain di Malaysia untuk dihantar ke lebih banyak lokasi di Lembah Klang dan di luar. Kami telah berjaya melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar yang sama di Thailand di mana juadah popular dari Phuket diterbangkan ke Bangkok untuk menggembirakan dan menarik minat para pengunjung,” tambah Tan.
Peniaga yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada airasia food boleh mendaftar di sini manakala individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan airasia delivery boleh mendaftar melalui halaman ini.
airasia food kini tersedia untuk para pelanggan di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura serta diiktiraf sebagai platform penghantaran makanan global yang pertama untuk menawarkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia pada harga yang paling berpatutan.
Para ahli boleh memperoleh mata ganjaran airasia untuk semua pembelian mereka melalui airasia Super App, dari penerbangan ke penginapan hotel dan tawaran makanan. Gunakan ia seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup bersama rakan kongsi eksklusif kami.
Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.