AirAsia kembali dengan diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan penerbangan ke lebih 120 destinasi seluruh Asia dan seterusnya!
KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2022 - Rancang percutian hujung minggu anda yang seterusnya dan percutian sekeluarga dengan nilai dan pilihan terbaik bersama AirAsia! AirAsia kini kembali terbang tinggi merentasi semua pasaran dan sebagai tanda penghargaan kepada para tetamu kami, AirAsia kini menawarkan diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan penerbangan untuk destinasi domestik dan antarabangsa di setiap syarikat penerbangan AirAsia (kod penerbangan: AK, FD, QZ, Z2, D7, dan XJ).
Tempah sekarang untuk mendapatkan tambang diskaun yang tiada tandingan di airasia Super App. Jualan ini tersedia mulai 8 Ogos 2022 hingga 14 Ogos 2022 untuk tempoh perjalanan antara 22 Ogos 2022 dan 18 April 2023. Semarakkan semula semangat melancong anda ke lebih 120 destinasi, termasuk destinasi domestik popular seperti Langkawi, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang, atau lawati destinasi kegemaran Asean seperti Bali, Bangkok dan Phuket, atau terbang ke Tokyo, Sapporo dan Seoul, malah ke Australia & New Zealand (Auckland, Sydney, Melbourne dan Perth).
Untuk promosi ini juga, AirAsia juga menawarkan diskaun 20% untuk semua tempahan Premium Flatbed dan Premium Flex buat pengembara atau pelancong yang mencari keselesaan tambahan, ruang kaki tambahan dan lebih fleksibiliti daripada harga biasa.
Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata, “AirAsia berbangga untuk kembali terbang tinggi bersama semua syarikat penerbangan kami! Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kami di atas sokongan berterusan mereka di samping mengembalikan keyakinan untuk mengembara dengan diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan penerbangan merentasi rangkaian kami.
“Dengan kebanyakan sempadan antarabangsa telah kembali dibuka, AirAsia bakal menambah lebih banyak pesawat setiap bulan untuk memenuhi permintaan perjalanan yang semakin meningkat dan untuk menghubungkan semula tetamu kami ke destinasi kegemaran mereka di Asean dan seterusnya. Tetamu kami hanya perlu memuat turun airasia Super App untuk pengalaman yang lebih lancar dan mula merancang percutian mereka yang seterusnya!”
Para boleh memperoleh airasia points untuk semua pembelian mereka di airasia Super App, daripada penerbangan ke penginapan hotel, airasia ride, airasia food dan banyak lagi. Gunakan airasia points seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami.
Pemegang kad Visa juga boleh mendapat potongan RM15 tambahan apabila mereka membayar untuk penerbangan AirAsia mereka (kod penerbangan: AK dan D7 sahaja) dengan kad Visa mereka digunakan sebagai kaedah pembayaran pilihan. Perbelanjaan minimum ialah RM200.
Ikuti perkembangan terkini dengan segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.