AirAsia catat jualan pecah rekod dengan setengah juta tempat duduk dijual dalam masa 48 jam!
SEPANG, 21 September 2022 - Jualan 5 juta Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia, yang telah dilancarkan pada hari Isnin lalu untuk merangsang lagi pemulihan industri perjalanan dan pelancongan di rantau ini, telah terbukti mendapat sambutan hebat dengan setengah juta tempat duduk dijual bagi penerbangan jarak dekat dan jauh dalam masa 48 jam sahaja!
Ini menandakan jualan pecah rekod untuk AirAsia dengan jumlah tempat duduk tertinggi dijual pada setiap hari sejak bermulanya Covid-19. Hampir setengah juta tempat duduk telah ditempah hanya dalam masa dua hari pertama sahaja - satu pencapaian yang luar biasa untuk syarikat penerbangan dan industri pelancongan secara keseluruhan berikutan sekatan perjalanan yang hampir tiga tahun.
Antara destinasi jarak dekat popular yang telah ditempah menerusi jualan Tempat Duduk PERCUMA ini adalah Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu di Malaysia serta Phuket, Krabi dan Chiang Mai di Thailand, Bali di Indonesia dan Cebu di Filipina.
Penerbangan jarak jauh melalui AirAsia X dan Thai AirAsia X turut tersedia dengan tambang lebih nilai bermula daripada RM499 (termasuk cukai dan caj berkenaan) ke destinasi popular dari Kuala Lumpur dan Bangkok ke Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland), India (New Delhi) dan destinasi baharu ke Timur Tengah (Jeddah) dan Jepun (Tokyo dan Sapporo).
Para tetamu disarankan untuk menempah penerbangan segera kerana jualan hebat ini akan berakhir pada 25 September 2022.
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata: “Sama seperti 21 tahun lalu apabila AirAsia mula melancarkan jualan besar-besaran, kami kini kembali menumpukan kepada media tradisional. Saya berbesar hati kerana sokongan kami terhadap media tradisional yang turut menyokong AirAsia menghasilkan jualan harian pecah rekod! Pencapaian hari ini amat membanggakan setelah hampir tiga tahun kami menempuh tempoh yang sukar untuk melihat kami melepasi rekod jualan harian pra-COVID sebanyak 230,000 pada bulan Januari 2020. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allstars di jabatan komersial, penjenamaan dan komunikasi kerana semangat mereka membawa kami terbang lebih tinggi.”