Tony Fernandes dinobatkan ‘APAC CEO of The Year 2023’ oleh Airline Economics Aviation 100
SINGAPURA, 8 November 2023 – Capital A Berhad, syarikat pemegang pelaburan AirAsia, airasia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp), perniagaan logistik Teleport, dan kumpulan perkhidmatan penerbangan, hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes telah dinobatkan sebagai ‘Asia Pacific CEO of The Year’ di Anugerah Aviation 100 Asia Pasifik 2023 oleh Airline Economics di Singapura. Majlis anugerah ini diadakan sejajar dengan Persidangan Airline Economics Growth Frontiers Asia Pasifik, dengan sekitar 700 ahli profesional dalam bidang penerbangan telah hadir ke persidangan tersebut.
Proses pengundian terdiri daripada pakar industri, termasuk syarikat penerbangan, pemilik pesawat, bank, firma guaman, dan pemegang kepentingan utama lain, undian industri tahunan oleh Airline Economics ini mengiktiraf serta meraikan pemimpin terunggul dalam industri penerbangan. Undian bagi penganugerahan ‘Aviation 100’ inj adalah proses menyeluruh dan komprehensif yang meliputi sepanjang tahun, terdiri daripada undian yang khusus kepada setiap aspek, dan dikenali kerana kebolehpercayaannya untuk mengenal pasti tokoh terunggul dalam bidang kewangan, pemajakan, dan undang-undang, bersama dengan eksekutif tertinggi dari syarikat penerbangan utama.
Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Capital A berkata: “Tahniah kepada rakan saya, Tony, atas pencapaian hebat ini, kerana ia mencerminkan kerja keras, ketabahan, dan kesetiaan semua Allstars di seluruh Capital A. Pengiktirafan ini datang pada masa yang tepat apabila industri penerbangan kini mula membangun dan berkembang selepas pandemik global Covid-19, dan menonjolkan nilai yang kami bawa kepada pelanggan kami sebagai sebuah kumpulan perkhidmatan penerbangan dan pelancongan yang berharga. Melangkah ke depan, kami akan terus merealisasikan misi kami dalam memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan di samping terus memberikan sumbangan positif kepada ekonomi dan industri, di peringkat serantau dan seterusnya.”
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Capital A, Pattra Boosarawongse berkata: “Kami amat berbangga dengan Ketua Pegawai Eksekutif kami kerana telah menerima anugerah penerbangan yang berprestij ini daripada pihak bank dan pemilik pesawat. Daya pandang strategiknya dalam menghadapi cabaran dinamik untuk menyeimbangkan kewangan dalam industri ini telah menjadi asas kejayaan kami, dan kami yakin kami akan terus melebarkan sayap di atas ketidakstabilan pasaran dengan asas kewangan yang kukuh, di bawah pimpinan dan bimbingannya.”
Philip Tozer-Pennington, Pengarah Urusan Airline Economics berkata: “Pengiktirafan Tan Sri Tony Fernandes sebagai Aviation 100 Asia Pacific CEO of The Year ini adalah satu pengiktirafan yang layak untuk kepemimpinan luar biasa dan sumbangan beliau kepada industri penerbangan. Visinya dan kesetiaannya bukan sahaja telah mengubah AirAsia dan Capital A tetapi juga telah meninggalkan kesan yang positif dalam landskap penerbangan yang lebih luas di rantau Asia Pasifik. Anugerah ini adalah satu bukti kepada pencapaiannya yang cemerlang, dan kami bangga untuk meraikan kejayaannya.”
***TAMAT***