Sertai debat elak dibuli, kini inspirasi buat semua

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023 – Untuk mengelak dari dibuli dan latihan ketenteraan yang sukar, seorang kadet Maktab Tentera Diraja (RMC) memasuki pasukan debat bagi menyelamatkan dirinya dari perbuatan negatif kerana merasakan dirinya tidak berguna.

Remaja bermasalah yang lemah berbahasa Inggeris walaupun ibunya seorang guru Bahasa Inggeris itu bukan sahaja berjaya menguasai bahasa tersebut malah melatih dirinya menjadi pendebat petah dan akhirnya menjadi salah seorang ahli politik termuda di dunia!

Dalami kisah disebalik perjuangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ramai lagi tokoh terkemuka seperti Professor Dato’ Dr Halimah Badioze Zaman, figura terkenal sains komputer dan teknologi maklumat; Cikgu Khalifa Affnan, rakyat Malaysia pertama yang dinobat Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022, selebriti bertukar ahli akademik, Dr Soo Wincci dan ramai lagi di INSPIRE, sebuah siri original airasia academy.

Presiden (Pelaburan & Usahaniaga) Capital A, Aireen Omar berkata: “Mungkin anda fikir anda mengenali tokoh-tokoh seperti Chef Wan, Datuk Mirnawan Nawawi, Senator Datuk Ras Adiba atau Tun Mahathir Mohamad tetapi tahukah anda tentang rintangan yang mereka lalui demi mencapai kejayaan?

“Kita semua memerlukan seorang hero dalam hidup kita dan INSPIRE membawakan anda legenda-legenda sebenar yang mencipta kejayaan dalam bidang mereka tersendiri dengan berkongsi perjalanan mereka sebagai inspirasi untuk kita bekerja keras dan berani mengharungi cabaran demi mencapai matlamat.”

INSPIRE merupakan siri wawancara eksklusif 12 episod di platform On-Demand Learning (ODL) airasia academy yang turut menampilkan Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun; artis antarabangsa Sandhy Sondoro; pengasas Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin dan pengasas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), Andrew Tan.

Sebuah terbitan airasia academy, INSPIRE menyertai katalog ODL yang luas dengan lebih 16,000 kandungan pendidikan dan gaya hidup merentasi pelbagai genre seperti teknologi, sains, perniagaan, keusahawanan, kewangan, komunikasi, reka bentuk grafik, seni kulinari, fesyen, muzik dan banyak lagi. Pengguna boleh menikmati akses tanpa had untuk tonton dan belajar sebanyak mungkin di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dengan hanya RM28 sebulan.

LANGGAN DI SINI: https://airasiaacademy.com/on-demand-learning