Capital A umum perubahan pengurusan menerajui pertumbuhan portfolio digital

Colin Currie, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Digital dan Presiden, Komersial Capital A

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2023 - Capital A hari ini mengumumkan pelan tindakan untuk mengembangkan perniagaan digitalnya dibawah pimpinan Presiden, Komersial Capital A Colin Currie yang akan memegang dua peranan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif airasia Digital. Ketua Bahagian Pelaburan Capital A John Cheing pula telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan bagi airasia Digital dan airasia Super App berkuatkuasa 1 Mac.

Perubahan pengurusan ini adalah sejajar dengan perancangan pertumbuhan syarikat itu untuk meningkatkan portfolio perniagaan digital Capital A, termasuk anak syarikatnya, airasia Super App, platform perjalanan & gaya hidup dan portfolio ‘fintech’ BigPay.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Seperti yang ditunjukkan dalam keputusan Q42022 di mana aplikasi super kami dan perniagaan fintech kami telah menunjukkan prestasi yang kukuh, kami berbesar hati untuk melancarkan fasa pertumbuhan seterusnya dalam portfolio digital kami. Saya mempunyai keyakinan penuh kepada Presiden, Komersial Capital A, Colin Currie untuk mengambil peranan Ketua Pegawai Eksekutif bagi airasia Digital memandangkan pengalaman lalu beliau mengetuai jenama terkemuka adidas kepada pertumbuhan yang mengagumkan di pasaran serantau yang diuruskan beliau. Beliau akan mengetuai pasukan yang cekap untuk mewujudkan sinergi yang lebih kukuh dan pengalaman pengguna yang lebih baik dalam segmen pelancongan dan pembayaran dengan menjalin kerjasama yang lebih erat antara platform airasia Super App dan BigPay untuk pengguna dalam ekosistem Capital A.

Pengalaman John sebagai Ketua Bahagian Pelaburan Capital A dan penglibatan rapatnya terutamanya terhadap perancangan strategik airasia Super App juga akan memberi manfaat dalam peranan baharunya sebagai Ketua Pegawai Kewangan untuk airasia Digital. Colin dan John akan bekerjasama rapat dengan saya untuk meningkatkan portfolio perniagaan digital kami.”

Colin Currie, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Digital dan Presiden, Komersial Capital A berkata, “Saya teruja untuk membimbing airasia Digital kerana ia meneruskan visinya untuk mewujudkan ekosistem perniagaan yang berhubung dengan pelanggan kami dalam kehidupan seharian mereka membawa mereka perkhidmatan pelancongan, kewangan dan gaya hidup terbaik. Kami percaya bahawa perjalanan digital kami mempunyai lebih banyak ruang untuk pertumbuhan kerana kami berhasrat untuk menjadi salah satu superaplikasi perjalanan terkemuka dalam Asean dan seterusnya. Saya berharap dapat bekerjasama dengan John yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman kewangan yang kukuh akan membantu memacu matlamat strategik, menyampaikan nilai dan akhirnya membawa perniagaan digital kami ke tahap baharu di samping memastikan kami terus mencatatkan keuntungan.

airasia Super App ialah perniagaan platform pengembaraan sehenti, e-dagang dan fintech Capital A yang menawarkan pengguna dengan lebih daripada 15 produk dan perkhidmatan melalui Super App serta laman web airasia.com. Dipacu oleh data dan teknologi, airasia Super App memanfaatkan ekosistem digitalnya yang terdiri daripada 51 juta pengguna dan 40 juta muat turun untuk menjana pengalaman pengguna yang diperibadikan dan lancar. Pengguna juga boleh terlibat dalam perbualan masa nyata, menyertai komuniti yang berfikiran sama, bermain permainan dan banyak lagi. Daripada keperluan perjalanan kepada keperluan gaya hidup seharian, semuanya tersedia untuk semua di airasia Super App.

BigPay ialah sebuah kumpulan fintech Asia Tenggara yang diasaskan pada tahun 2017. Syarikat itu komited untuk mendemokrasikan celik kewangan, kebolehcapaian dan kesejahteraan di rantau ini dengan menyediakan perkhidmatan kewangan digital yang mudah diakses, telus, ringkas dan selamat. Daripada pembayaran kepada pemindahan wang antarabangsa, insurans mikro, pinjaman peribadi, simpanan dan belanjawan pintar, matlamatnya adalah untuk memacu perubahan yang mampan untuk pengguna dan perniagaan di seluruh Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi press@bigpayme.com.

Muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.