Menangi telefon bimbit HUAWEI P60 Pro dengan airasia Superapp Super Sale di bulan Mei ini!

Nikmati diskaun sehingga 70% di airasia Superapp

  • Peroleh 5 kali ganda airasia poin untuk setiap pembelian di airasia Superapp

KUALA LUMPUR, 22 Mei 2023 - Jualan terbesar airasia Superapp, airasia Super App Super Sale kembali untuk bulan ini dengan tawaran menarik untuk semua orang dari 22 - 28 Mei 2023, dengan peluang memenangi hadiah utama telefon bimbit HUAWEI P60 Pro.

Jelajah perjalanan anda dengan tawaran hebat untuk penerbangan daripada lebih 700 syarikat penerbangan, penginapan hotel, beli-belah barangan bebas cukai, perkhidmatan e-hailing dan juga perkhidmatan hadiah digital mudah alih selain daripada Jualan Terhad 48 Jam yang anda tidak mahu ketinggalan!

Butiran lanjut boleh didapati di bawah:

Terokai penginapan terbaik di seluruh dunia!

Dengan diskaun 30% untuk mana-mana hotel dan lebih 900,000 hotel di seluruh dunia, teroka penginapan anda yang seterusnya di mana-mana hotel, di mana-mana sahaja! Sama ada percutian yang singkat atau tunggu tempoh yang lebih lama, kami sedia membantu anda. Tempah penginapan anda sekarang di Superapp Super Sale kami dengan kod promosi [SUPERSALE].

Tempah sekarang dengan menekan ikon 'Hotel' di airasia Superapp.

Tambang rendah oleh Syarikat Penerbangan Lain 

Jangan buang masa lagi dan tempah penerbangan anda sekarang juga! Nikmati tambang eksklusif untuk syarikat penerbangan lain seperti ANA, AirArabia, Bangkok Airways, Citilink, Etihad dan lebih daripada 700 syarikat penerbangan lain di Superapp Super Sale kami. Untuk mencari penerbangan dari syarikat penerbangan lain melalui airasia Superapp, cuma klik pada ikon 'Penerbangan', dan cari destinasi yang anda inginkan - sama ada ke Pulau Pinang, Kuching, Ho Chi Minh, Bangkok, Istanbul, Dubai, atau mana-mana sahaja!

Diskaun barangan bebas cukai yang hebat

Tambahkan lagi kemanisan menerokai destinasi anda dengan membeli-belah barangan bebas cukai. Kami mempunyai pelbagai jenis produk daripada jenama penjagaan kulit, wangian, fesyen, gajet dan minuman sepanjang tempoh jualan dengan diskaun sehingga 70%.

Jimat lebih banyak masa tanpa tergesa-gesa untuk membeli-belah sebelum penerbangan anda dan juga ruang bagasi anda, kerana pembelian bebas cukai anda boleh dihantar ke tempat duduk anda dalam penerbangan atau anda boleh memilih penghantaran ke rumah untuk kemudahan yang maksimum!

Hanya klik pada ikon 'Shop' di airasia Superapp dan dapatkannya sekarang!

ISTIMEWA! Jualan Terhad 48 Jam

SEGERA! Jualan Terhad 48 Jam khas yang mana pengguna boleh menikmati tawaran tambahan diskaun sehingga 50%. Jangan ketinggalan Jualan Terhad 48 jam yang bernilai untuk wang dan masa terhad ini, jadi tetapkan kalendar anda pada tarikh ini:

Dapatkan diskaun RM5 apabila anda pra-tempah perkhidmatan e-hailing, airasia ride

Pra-tempah perjalanan airasia lebih awal (sehingga 3 hari) untuk perjalanan tanpa kerumitan pada masa hadapan. Jadualkan perjalanan untuk membawa anda ke lapangan terbang dan menjemput anda sebaik sahaja anda mendarat - sungguh mudah! Gunakan kod promosi [BOOKRIDE] dan nikmati diskaun RM5 hari ini!

Dapatkan 200 airasia poin dengan setiap pembelian tiket di airasia transport

Perlu ke luar bandar? Jangan risau, airasia membantu anda! Tempah bas ke Singapura, Pulau Pinang, Johor Bahru dan banyak lagi, dalam masa beberapa minit. Bukan itu sahaja, dapatkan 200 airasia poin dengan setiap tiket yang dibeli!

Nikmati tawaran sehingga 45% bersama airasia gift!

Manjakan diri anda, rakan & keluarga dengan e-baucar Healthland diskaun sehingga 45%. Dapatkan mereka sekarang dengan airasia gift, serendah RM35!

Mahukan tawaran yang lebih menarik? Anda boleh juga peroleh diskaun sehingga 8% untuk pembelian baucar dari jenama seperti Petronas, Watsons, Secret Recipe dan banyak lagi sepanjang tempoh kempen ini.

Tekan ikon “Shop’ di airasia Superapp jika anda inginkannya!

Bukan 2 kali malah 5 kali!

Ahli juga boleh memperoleh lima kali (5x) airasia poin untuk setiap pembelian di airasia Superapp, daripada penerbangan ke penginapan hotel, airasia ride dan banyak lagi. Gunakannya seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami.

Tempoh airasia Superapp Super Sale juga merupakan masa terbaik untuk memperoleh dan membelanjakan airasia poin anda, kerana anda hanya memerlukan 50 airasia poin untuk menebus RM1 dan bukannya 125 airasia poin untuk RM1 pada hari biasa.

Telefon bimbit HUAWEI P60 Pro bakal menjadi milik anda!

Buat sebarang transaksi dengan airasia Superapp, dan anda mungkin pemenang bertuah kami untuk Superapp Super Sale kali ini!

Ikuti langkah mudah ini untuk berpeluang memenangi telefon HUAWEI P60 Pro ini:

Langkah 1:

Buat sebarang transaksi di airasia Superapp antara 22 hingga 28 Mei 2023, dan setiap transaksi dikira sebagai SATU penyertaan.

Langkah 2:

Lebih banyak penyertaan anda, peluang anda untuk menang adalah lebih tinggi.

Pemenang akan diumumkan pada 5 Jun 2023 melalui e-mel.

Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram atau @airasia di Twitter. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.