AirAsia tawar diskaun 20% untuk semua tempat duduk, semua penerbangan

SEPANG, 10 Julai 2023 - AirAsia terus menawarkan jualan besar-besaran yang akan membolehkan pengembara menikmati diskaun* 20% bagi semua tempat duduk dan semua penerbangan.

Destinasi:

Terbang ke destinasi domestik yang indah dalam rangkaian luas AirAsia seperti Langkawi, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, atau lawati bandar antarabangsa popular seperti Singapura, Brunei, Bangkok, Kaohsiung, Krabi, Guilin, Medan dan pelbagai destinasi Asean yang menakjubkan.
Terbang dari Sarawak dengan diskaun hebat ke destinasi domestik seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Bahru, serta ke destinasi antarabangsa popular seperti Singapura dan Jakarta.

Terbang lebih jauh dengan AirAsia X ke destinasi yang mesti dilawati seperti Busan, Gold Coast, Auckland, Amritsar, Tokyo dan bandar-bandar lain yang menarik pada tempat duduk Ekonomi atau Premium Flatbed pada diskaun 20%.

Kod Syarikat Penerbangan: AirAsia Malaysia (AK), Thai AirAsia (FD), Indonesia AirAsia (QZ), AirAsia Filipina (Z2), AirAsia X Malaysia (D7), Thai AirAsia X (XJ)

Tempoh Tempahan dan Perjalanan:

Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan bermula hari ini hingga 16 Julai 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 September 2023 dan 31 Mac 2024.

Nikmati Faedah Tambahan:

Lengkapkan tempahan anda dengan diskaun sehingga 20% untuk pelbagai perkhidmatan tambahan seperti pilihan Hot Seat pada serendah RM32. Nikmati ruang tambahan untuk lebih keselesaan dalam penerbangan anda serta keutamaan menaiki pesawat.

*Tertakluk kepada tempoh embargo serta terma dan syarat lain.