airasia ride tingkat perkhidmatan perjalanan awal dan akhir dengan penjimatan harian untuk pengguna KTM
Penumpang KTM berpeluang menikmati penjimatan harian sehingga RM6 untuk perjalanan pulang dan pergi untuk 80 stesen KTM di seluruh negara dengan airasia ride
KUALA LUMPUR, 13 September 2023 - Penumpang yang ingin melakukan perjalanan dengan perkhidmatan keretapi KTM Komuter, ETS, atau KTM Intercity kini boleh membuat perjalanan ke stesen kereta api masing-masing dengan pilihan yang lebih berpatutan yang menawarkan lebih banyak penjimatan melalui airasia ride, platform e-panggilan airasia Superapp.
Ini susulan pengumuman bahawa airasia Superapp dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani oleh Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, dan Mohamed Suhaimi Yaacob, Ketua Pegawai Korporat KTMB di KL Sentral hari ini.
Bagi meraikan permulaan kerjasama ini, airasia ride bakal memberikan diskaun sebanyak RM3 kepada penumpang KTM untuk setiap perjalanan ke dan dari stesen, membolehkan mereka menikmati penjimatan sehingga RM6 setiap hari. Mulai sekarang sehingga Ogos 2024, penumpang KTM yang membuat tempahan perjalanan airasia ride ke dan dari stesen kereta api hanya perlu masukkan kod promosi KTMRIDE untuk menikmati diskaun tersebut. Klik pada ikon "Ride" di airasia Superapp untuk membuat tempahan perjalanan anda hari ini.
Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride berkata, "KTM sentiasa menjadi pilihan utama untuk para pelancong di Semenanjung, dan kerjasama kami pada hari ini akan membolehkan para penumpang untuk melakukan perjalanan dengan selamat dan lebih menjimatkan mana-mana stesen KTM. Sama seperti bagaimana kami telah menyediakan peralihan yang lancar bagi para tetamu AirAsia dari udara ke destinasi akhir mereka, ramai penumpang KTM juga akan dapat menikmati manfaat dan penjimatan daripada kerjasama unik antara kedua-dua syarikat ini."
"Pengguna KTM boleh menebus kod promosi terhad ini untuk menikmati penjimatan sehingga RM6 untuk perjalanan pulang dan pergi daripada mana-mana 80 stesen KTM yang tidak terhad hanya di sekitar Lembah Klang tetapi juga di Utara Malaysia," kata Mohamed Suhaimi Yaacob, Ketua Pegawai Korporat KTMB.
Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram atau @airasia di Twitter. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.