ikhlas.com lancar pakej golf ‘Play & Stay’ sempena ikhlas.com Golf Tournament 2023
KUALA LUMPUR, 2 September 2023 – Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (ikhlas.com) melancarkan produk kembara dan gaya hidup terbaru - ikhlas.com Golf yang menawarkan pakej golf eksklusif mampu milik kepada penggemar golf kasual dan tegar untuk menikmati pengalaman premium tanpa perlu berbelanja besar.
Pakej ‘Play & Stay’ luar negara bermula dari RM1,690 termasuk Jakarta, Jakarta-Bandung atau Bogor Golf Experience selama 4H/3M yang membolehkan pemain golf merasai pengalaman di tiga kelab golf berbeza termasuk yuran hijau 18 lubang, buggy dan caddy twin sharing, penginapan dengan sarapan harian dan pengangkutan persendirian dengan pemandu yang fasih berbahasa Inggeris.
Sementara pakej ‘Play & Stay’ domestik bermula dari RM1,490 pula menampilkan Langkawi Golf Experience 3H/2M untuk pemain golf bermain di The Els Club Teluk Datai dan Gunung Raya Golf Resort termasuk yuran hijau 18 lubang, buggy dan caddy twin sharing, penginapan hotel dengan sarapan harian dan insuran pemain golf. Pakej domestik juga menawarkan pakej Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu-Kundasang Golf Experience 4H/3M.
Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata: “Tambahan terbaru kepada rangkaian produk kembara dan gaya hidup ikhlas.com ini ditawarkan secara eksklusif untuk pemain golf. Dengan sokongan rakan kongsi kami, ikhlas.com menawarkan pilihan tanpa tandingan agar peminat golf boleh menikmati pengalaman mereka tanpa berbelanja besar. Pakej-pakej ‘Play & Stay’ menawarkan hotel berhampiran padang golf terkemuka dengan yuran hijau, buggy dan caddy secara twin sharing dan pengangkutan peribadi termasuk pemandu.”
Pakej ‘Play & Stay’ diperkenalkan pada ikhlas.com Golf Tournament 2023 di Kota Seriemas Golf & Country Club di Nilai, Negeri Sembilan dengan seramai 140 peserta bertanding untuk peluang memenangi hadiah menarik seperti pakej Umrah dan Travel, tiket penerbangan pergi balik AirAsia, penginapan hotel, pakej bermain golf, barangan eksklusif dan banyak lagi.
Penaja kejohanan termasuk AirAsia, Holiday Villa Hotels & Resorts, Troqqa, Citaglobal, AIIS Solutions, Santan, OPI, SP&G Gallagher Insurance Brokers Sdn. Bhd., Hornbill Precision & Technical Services Sdn Bhd, PT. Djournal Prima Wisata, Gemilang Maintenance Services, Marniq Bersatu Sdn Bhd, ActionPay, Mildef International Technologies, Narsqo Holidays dan MiMi Travel Co., Ltd.
Ikhlas berkata: “Bersama pihak penaja, kami semua bersetuju agar 10% daripada jumlah tajaan yang akan digandakan oleh ikhlas.com dan yuran Bullseye akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan menerusi Give with IKHLAS, program pengagihan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan mereka yang memerlukan.”
Dilancarkan sewaktu pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform kembara dan gaya hidup patuh shariah direka khusus untuk membantu umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mudah. Selain IKHLAS Umrah dan tawaran pelancongan halal dengan usahasama syarikat penerbangan subsidiari, AirAsia X, ikhlas.com turut memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah dan Qurban.
Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih di Apple App Store dan Google Play Store.