AirAsia X sambut penerbangan pertama Amritsar-Kuala Lumpur
SEPANG, 4 September 2023 - AirAsia X (AAX) menyambut penyambungan semula penerbangan dari destinasi langsung kedua di India, dari Amritsar ke Kuala Lumpur semalam, menghubungkan kedua-dua bandar itu dengan tambang bernilai tinggi.
Majlis sambutan tersebut telah dihadiri oleh tetamu kenamaan dari Suruhanjaya Tinggi India yang diwakili oleh En. Aditya Fotedar, Setiausaha Kedua, dan Tourism Malaysia, diwakili oleh En. Hafiz Hazin, Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia/Afrika).
Penyambungan semula laluan ini juga memfokuskan kepada kepentingan memupuk hubungan yang lebih erat antara India dan Malaysia melalui sambungan udara terus. Para tetamu yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) diraikan oleh pemberian cenderamata edisi terhad dan upacara istimewa Sikh, melambangkan perpaduan pelbagai budaya yang dibanggakan oleh kedua-dua negara.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan antara Amritsar dan Kuala Lumpur. Penyambungan semula laluan ini dengan empat penerbangan mingguan adalah tepat pada masanya di mana perjalanan santai dan perniagaan kian melonjak. Ini adalah cerminan komitmen berterusan kami untuk menyediakan destinasi popular untuk memenuhi peningkatan permintaan, di samping tambang bernilai hebat untuk para tetamu.
“Selain itu, tetamu yang terbang bersama kami boleh menikmati kelebihan sambungan ke destinasi lain kegemaran mereka dengan perkhidmatan Fly-Thru kami seperti ke Bali, Melbourne, Sydney, Gold Coast, Perth dan banyak lagi, hanya dalam satu tempahan. Kami berharap dapat menghubungkan semula keluarga, rakan dan perniagaan serta terus memainkan peranan dalam memupuk pertumbuhan ekonomi dan pertukaran budaya antara kedua-dua buah negara.”
Sempena penyambungan semula laluan ini, AAX menawarkan promosi tambang termasuk semua* daripada RM409 sehala untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,009 sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed. Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan bermula hari ini sehingga 10 September 2023, untuk tempoh perjalanan antara hari ini dan 29 Mac 2024.
Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Amritsar (ATQ):
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.