Nasihat Perjalanan: Operasi penerbangan AirAsia di Guangzhou akan dipindahkan ke Terminal 1
GUANGZHOU, 18 Januari 2024 - AirAsia mengumumkan perpindahan operasi penerbangan antarabangsanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou dari Terminal 2 (T2) ke Terminal 1 (T1), bermula 25 Januari 2024.
Semua penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), AirAsia Thailand (kod penerbangan FD) dan AirAsia Philippines (kod penerbangan Z2), kini akan tiba dan berlepas dari Terminal 1. Para tetamu akan dimaklumkan mengenai perubahan ini dengan jadual penerbangan baharu melalui emel yang didaftarkan dan SMS. Bagi memastikan maklumat ini diterima, para tetamu dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat terkini mereka di profil masing-masing.
Para tetamu juga dinasihatkan untuk mencetak semula tiket penerbangan bagi memastikan terminal perlepasan yang tepat dicetak pada hari perjalanan.
Penerbangan AirAsia yang tiba di Guangzhou dan berlepas selepas tengah malam jam 12:00 malam - 06:00 pagi pada 25 Januari masih beroperasi di T2.
Penerbangan AirAsia yang masih beroperasi di Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou pada 25 Januari 2024.
Penerbangan AirAsia yang akan dipindahkan ke Terminal 1 (T1) Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou pada 25 Januari 2024: