AirAsia X kembali ke Xi'An sebagai satu-satunya syarikat penerbangan dengan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur
SEPANG, 22 Januari 2024 - AirAsia X (AAX) hari ini mengumumkan penyambungan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Xi'An. Perkhidmatan ini kembali mengekalkan hubungan antara Malaysia dan bandar ikonik China yang dikenali sebagai salah satu empat ibu negara purba China dan titik permulaan bagi Laluan Sutera.
Mulai 4 April 2024, para pengembara berpeluang menerokai ibu negeri Wilayah Shaanxi dan salah satu ibu kota tertua di China yang kaya dengan peninggalan warisan dan sejarah China. Daripada pahlawan Terracotta Maharaja China pertama iaitu Qin Shi Huang, Pagoda Angsa Liar Besar hingga Kawasan Penempatan Muslim, pelbagai pengalaman menarik ditawarkan di Xi'An untuk semua.
Penyambungan semula laluan ini dengan tiga penerbangan mingguan sejajar dengan komitmen AAX untuk memperkukuh rangkaiannya di China sebanyak lima destinasi. Ia juga melengkapkan destinasi Kumpulan AirAsia ke-12 di Tanah Besar China. Selain itu, perkhidmatan ini menjadikan AAX sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan secara terus antara Kuala Lumpur dan Xi'An.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Kami berbangga untuk menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur secara terus ke Xi'An dengan menyambung semula laluan ini. Pelancaran semula laluan ke Xi'An merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk mengembangkan rangkaian dan memperkukuh komitmen terhadap strategi pertumbuhan di China, sempena smabutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Dengan pengembangan berterusan di China, kami menyokong penuh inisiatif kemasukan tanpa visa antara Malaysia dan China yang memudahkan perjalanan antara kedua-dua buah negara. Kami berharap dapat menyumbang kepada kejayaan berterusan hubungan diplomatik kedua-dua buah negara dalam jangka panjang melalui sektor pelancongan.”
Sempena penyambungan semula perkhidmatan ini, AAX menawarkan tambang promosi dari Kuala Lumpur ke Xi'An dengan tambang termasuk semua* sehala bermula RM469. Tambang promosi ini boleh ditempah mulai hari ini hingga 28 Januari 2024 untuk tempoh perjalanan antara 4 April 2024 dan 26 Oktober 2024.
AirAsia juga menawarkan bagasi daftar masuk 20kg** secara percuma untuk para tetamu yang membuat tempahan penerbangan antara 22 Januari 2024 dan 31 Januari 2024.
Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Xi’An (XIY):
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, caj bahan api dan caj lain yang berkenaan. Terhad untuk penerbangan yang terpilih sahaja selagi tempat duduk promosi masih ada. Kemasukan ke negara China tanpa visa sah untuk lawatan sehingga 15 hari dan hanya terpakai untuk warganegara Malaysia. Tertakluk pada terma dan syarat lain.
**Bagasi daftar masuk 20KG percuma terhad untuk penerbangan terpilih semasa tempahan awal. Tertakluk kepada terma dan syarat lan.