AirAsia kembali tawar Tempat Duduk PERCUMA* dengan 12 juta tempat duduk promosi ke lebih 130 destinasi

(Ketiga dari kiri) Liyana Mahizzan, Ketua Komersial AirAsia bersama tetamu istimewa The Kuans (Mskuan, Jestinna Kuan & Perry Kuan) di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang pada pelancaran AirAsia Free Seats Town hari ini

PULAU PINANG, 2 November 2024 -  AirAsia kembali menawarkan Tempat Duduk Percuma* sempena akhir tahun ini dengan menawarkan 12 juta tempat duduk promosi. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan permintaan perjalanan pada separuh tahun pertama 2025 dan menawarkan perjalanan lebih mudah dan berpatutan untuk menerokai destinasi menarik dalam rangkaian luas AirAsia. 

Nikmati Tempat Duduk  Percuma* ke destinasi kegemaran ramai seperti Pulau Pinang, Bali, Medan, Bhubaneswar, dan Siem Reap, sambil mendalami kekayaan budaya dan menikmati pelbagai hidangan tempatan.

Selain itu, AirAsia X turut menyambut ulang tahun ke-17 dengan menawarkan promosi istimewa Jualan Besar-Besaran ke destinasi di luar Asia seperti Taipei, Chongqing, Nairobi dan Almaty, dengan tambang bermula daripada RM221** termasuk semua sehala. Naik taraf tempat duduk dengan memilih tempat duduk Premium Flatbed serendah RM899** termasuk semua sehala.

Bagi meraikan kedua-dua sambutan ini, AirAsia menganjurkan acara Tempat Duduk Percuma di Gurney Paragon Mall di Pulau Pinang mulai hari ini dan esok di mana para pengunjung boleh memenangi hadiah eksklusif termasuk daripada AirAsia Duty Free & Merchandise, AirAsia Value Pack, Santan, AirAsia Hotels, Tune Protect, AirAsia Rewards serta AirAsia Ride dan berpeluang untuk memenangi percutian ke destinasi impian! Acara ini turut menampilkan persembahan artis tempatan dan sesi bual bicara yang menarik.

Paul Carroll, Ketua Pegawai Komersial AirAsia Aviation Group berkata: “Kami berbesar hati untuk melihat peningkatan permintaan perjalanan pada tahun ini dan berharap untuk terus melonjakkan jumlah ini dengan menawarkan 12 juta tempat duduk promosi bagi mengakhiri tahun ini. Ini adalah langkah penting dalam menyokong visi kami untuk menjadikan perjalanan mampu milik dan mudah diakses oleh semua. 

“Dalam persiapan Malaysia untuk menerima kemasukan pelancong yang dijangka terus meningkat pada tahun hadapan berikutan pemulihan industri pelancongan global sepenuhnya, kami akan terus berusaha untuk menyokong sektor perjalanan udara dan memainkan peranan sebagai salah satu peneraju industri. Kami komited untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam sektor pelancongan untuk menarik 35.6 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.”

Promosi Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia dan Jualan Besar-Besaran bermula pada hari ini, 2 November 2024 pada jam 12 tengah hari (GMT+8) sehingga 10 November 2024 di airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE (dahulunya dikenali sebagai airasia Superapp) unutk tempoh perjalanan antara 21 April 2025 dan 28 Mac 2026.

*Tambang promosi Tempat Duduk PERCUMA hanya terpakai untuk TAMBANG ASAS sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tambang promosi termasuk semua bermula daripada RM39 sehala (Domestik) dan RM75 sehala (Antarabangsa). Tertakluk pada terma dan syarat lain.

**Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja daripada RM221, termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.