AirAsia MOVE dan Tongcheng Travel Jalin Kerjasama Rapat untuk Memperkukuh Penyelesaian Perjalanan Bersama

Kuala Lumpur, 13 Disember 2024 – AirAsia MOVE, sebuah ejen pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka di Asean, telah mengumumkan kerjasama dengan Tongcheng Travel, sebuah syarikat terkenal bagi industri pelancongan di China. Kerjasama ini menandakan prestasi penting bagi AirAsia MOVE dan Tongcheng Travel dalam usaha menyatukan sumber, memperkayakan pengalaman pengguna, serta mendorong inovasi dalam pembangunan produk.

Kerjasama ini termeterai melalui majlis menandatangani antara Nadia Omer, CEO AirAsia MOVE dengan Cik Gong Xiaolei, AVP Tongcheng Travel, yang turut disaksikan oleh Tan Sri Tony Fernandes, CEO Capital A dan Dato’ Fam Lee Ee, Ahli Lembaga Pengarah Capital A.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam beberapa inisiatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan pengalaman perjalanan, menawarkan kemudahan yang lebih banyak, dan memberikan nilai tambah kepada pelanggan di kedua-dua platform. Bidang utama tumpuan termasuk pembangunan platform B2B yang canggih, penyelesaian membeli-belah bebas cukai yang inovatif, dan program ganjaran terintegrasi pada masa hadapan.

Nadia Omer, CEO AirAsia MOVE berkata, "Kerjasama ini dengan Tongcheng Travel merupakan satu langkah penting dalam misi AirAsia MOVE untuk membawa nilai dan kemudahan yang tiada tandingan kepada para pelancong di pasaran kami masing-masing. Dengan menggabungkan kekuatan kami, kami mencipta penyelesaian inovatif yang mempertingkatkan pengalaman perjalanan dan mentakrifkan semula piawaian industri. Kami amat menantikan untuk membuka peluang baharu bersama dan memberikan pengalaman luar biasa kepada pelanggan kami."

Cik Gong Xiaolei, Penolong Naib Presiden Tongcheng Travel, berkata, "Kami sentiasa menghargai kerjasama kami dengan Capital A, dan penandatanganan perjanjian ini dengan platform AirAsia MOVE akan menjadi satu pencapaian penting dalam memperkukuhkan lagi kerjasama kami. Sebagai peneraju inovator dalam industri pelancongan dalam talian di China, platform tempahan 'one-stop' Tongcheng Travel menawarkan liputan yang menyeluruh bagi pelbagai senario perjalanan. Sementara itu, AirAsia MOVE memiliki asas pengguna yang besar dan sumber pelancongan berkualiti tinggi di Asia Tenggara. Kerjasama erat antara kedua-dua syarikat kami akan menyediakan pelancong China dengan perkhidmatan yang lebih pelbagai dan berkualiti tinggi untuk perjalanan ke Asia Tenggara, sambil meningkatkan pengalaman perjalanan untuk pelancong Asia Tenggara yang mengunjungi China."

Selain daripada inisiatif-inisiatif ini, AirAsia MOVE dan Tongcheng Travel akan menjalinkan perkongsian pengetahuan mengenai pengalaman pengguna untuk lebih mengoptimumkan dan memanfaatkan platform masing-masing yang kukuh, selain meneroka kemungkinan kerjasama inventori merangkumi penerbangan, hotel, dan perkhidmatan e-hailing, bagi mewujudkan ekosistem yang kukuh untuk para pelancong.

AirAsia MOVE, yang merupakan platform perjalanan digital milik Capital A, baru-baru ini dinobatkan sebagai ‘Asia’s Best Travel Booking App’ untuk tahun kedua berturut-turut oleh World Travel Tech Awards 2024, dan menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar dengan pilihan penerbangan dari lebih 700 syarikat penerbangan di seluruh dunia, termasuk AirAsia, Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia, serta hampir satu juta pilihan penginapan, perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang, membeli-belah bebas cukai dalam talian, akses ke acara & aktiviti secara langsung, dan banyak lagi di platformnya.

*** TAMAT***