Cambodia Airways kini rakan kongsi langsung syarikat penerbangan terkini di AirAsia MOVE

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2024 - AirAsia MOVE, aplikasi tempahan perjalanan terbaik Asia, mengalu-alukan Cambodia Airways sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan terbarunya dalam menyediakan pilihan yang lebih baik untuk lebih 15 juta penggunanya untuk merasai kepelbagaian budaya dan keajaiban alam yang menakjubkan di Kemboja. 

Kerjasama antara AirAsia MOVE dan Cambodia Airways telah dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian antara Yeoh Sai Ho, Ketua OTA Penerbangan di AirAsia MOVE dan Vincy Ziqiao Liu, Pengurus Jualan Searantaul, Cambodia Airways di Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Selaras dengan perkongsian ini, AirAsia MOVE and Cambodia Airways menawarkan potongan harga ekslusif sebanyak 20%, bermula RM90, untuk penerbangan sehala antara Kuala Lumpur dan Cambodia dengan menggunakan kod promo MOVECAMBODIA. Tawaran khas ini tersedia bermula daripada sekarang sehingga 24 Disember 2024. Jangan lepaskan peluang untuk menerokai destinasi baharu pada harga tiada tandingan! 

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, berkata: “Kami teruja untuk terus mengembangkan senarai rakan kongsi syarikat penerbangan kami dengan penyertaan  syarikat penenerbangan baharu, Cambodia Airways. Kami ingin berterima kasih kepada Cambodia Airways kerana mempercayai kami dalam memasarkan laluan mereka kepada 15 juta pengguna bulanan platform kami, dan kami tidak sabar untuk bekerjasama untuk mempromosikan Cambodia kepada pelancong, terutamanya dia Asean. 

“Kerjasama ini mencerminkan kesungguhan kami dalam menawarkan pengguna dengan pengalaman melancong tiada bandingan dan kemudahan untuk menerokai destinasi yang menyeronokan. Dengan Cambodia Airways kini tersedia di AirAsia MOVE, pengguna aplikasi kini boleh membuat tempahan penerbangan dengan mudah, dengan perkhidmatan lain seperti hotel dan banyak lagi untuk menerokai negara yang kaya dengan sejarah, budaya, dan keindahan semula jadi”

Vincy Ziqiao Liu, Pengurus Jualan Serantau, Cambodia Airways, menyatakan, “Dengan sokongan pasukan AirAsia Move App yang profesional dan berdedikasi, para pengembara dapat menikmati pengalaman tempahan yang lancar. Ketika Cambodia Airways (KR) terus berkembang pesat, kerjasama ini meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan untuk semua pengembara, mencerminkan komitmen KR terhadap pertumbuhan dan kesalinghubungan.”

Selain Cambodia Airways, AirAsia MOVE bekerjasama secara langsung dengan lebih 700 syarikat penerbangan terkenal lain seperti Citilink, ANA, Air Mauritius, Etihad, dan banyak lagi di platformnya. Pengguna AirAsia MOVE juga boleh memilih dengan mudah daripada lebih sejuta hotel di seluruh dunia untuk melengkapkan perancangan perjalanan mereka, termasuk kemudahan sambungan awal dan akhir perjalanan melalui pemindahan lapangan terbang, serta produk tambahan seperti membeli-belah bebas cukai dalam talian, insurans perjalanan, dan banyak lagi. Semua perkhidmatan ini disokong oleh program kesetiaan AirAsia Rewards, yang membolehkan pengguna mengumpul dan menebus mata AirAsia untuk setiap transaksi dalam ekosistem lengkap di dalam aplikasi tersebut.

Syarikat penerbangan, hotel dan pertubuhan lain yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada platform OTA AirAsia MOVE boleh mendaftar di sini.

Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.

*** TAMAT *** 

About AirAsia MOVE 

AirAsia MOVE, formerly known as airasia Superapp is the newest online travel agent+ (OTA+) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions travel complemented by a community-led experience through features such as airasia chat, games, gifting, and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. 

AirAsia MOVE’s ecosystem includes OTA services such as flight bookings from over 700 airlines, including the World’s Best Low-Cost Carrier AirAsia and 900,000 hotels world-wide plus ride-hailing, insurance, duty-free shopping and more, underpinned by integrated financial services by BigPay. It has been recognised by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency 2023’ in its first nomination in the OTA category. Download the AirAsia MOVE app via the Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.

Both AirAsia MOVE and BigPay are part of MOVE Digital, the digital arm of Capital A Berhad. 

Media Enquiries: movecomms@airasia.com

About Cambodia Airways

Cambodia Airways Co., Ltd. is a local Cambodian airline based in Phnom Penh.  Established in September 2017, the company launched its inaugural flight on July 10, 2018, flying from Phnom Penh to Siem Reap.   Currently, the company operates Airbus A319 aircraft and Airbus A320 aircraft, and has successfully launched many domestic and international round-trip routes from Phnom Penh to Siem Reap, Sihanoukville, Singapore, Seoul, Bangkok, Palau, Hong Kong, Macau, Taipei, Beijing, Shenzhen, Chengdu, Wenzhou, Fuzhou etc.