AirAsia Ride tawarkan penjimatan yang lebih hebat kepada pengguna LRT dengan aplikasi MyRapid PULSE

  • Pengguna LRT kini boleh menikmati diskaun harian sehingga RM4 untuk setiap perjalanan pergi dan balik sama ada dari atau ke 24 stesen LRT di Lembah Klang melalui AirAsia Ride

KUALA LUMPUR, 22 FEB 2024 - Penumpang di Lembah Klang yang ingin memulakan perjalanan seterusnya menaiki perkhidmatan kereta api LRT kini boleh melakukan perjalanan ke dan dari stesen kereta api mereka dengan pilihan berpatutan yang menawarkan penjimatan lebih besar melalui AirAsia Ride, platform e-hailing AirAsia MOVE.

Berita baik ini telah diumumkan semasa perasmian kerjasama strategik di antara AirAsia MOVE dan Prasarana Malaysia Berhad yang dirasmikan oleh Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE dan Fa’izah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) di Stesen LRT Putra Heights hari ini. Turut hadir ke acara tersebut merupakan Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AirAsia Ride, and Eamon Chee, Ketua Kumpulan Pegawai Digital Prasarana.

Pengguna MyRapid PULSE Journey Planner App (PULSE) kini boleh menempah kenderaan e-hailing AirAsia Ride dengan mudah secara langsung dari aplikasi tersebut yang mana mereka akan dibawa ke secara terus ke halaman perkhidmatan tersebut di airasia Superapp untuk penempahan kenderaan e-hailing tersebut sama ada ke atau dari 24 stesen LRT sepanjang laluan Kelana Jaya  dan Ampang/Sri Permai. Pengguna boleh juga menikmati diskaun harian sehingga RM4 (RM2 untuk 2 tempahan perjalanan apabila menggunakan kod-kod promosi berikut:

  • Gombak (LRTGOMBAK)

  • Sri Rampai (LRTSR)

  • Setiawangsa (LRTSWANGSA)

  • Ampang Park (LRTAP)

  • Masjid Jamek (LRTMJ)

  • Pasar Seni (LRTPS)

  • Abdullah Hukum (LRTAH)

  • Bangsar (LRTBANGSAR)

  • Universiti (LRTUNIV)

  • Asia Jaya (LRTAJ)

  • Kelana Jaya (LRTKJ)

  • Subang Jaya (LRTSJ)

  • SS15 (LRT15)

  • Ara Damansara (LRTARA)

  • Sultan Ismail (LRTSI)

  • Sri Petaling (LRTSP)

  • Hang Tuah (LRTHT)

  • Bukit Jalil (LRTBJ)

  • IOI Puchong Jaya (LRTIPJ)

  • PWTC (LRTPWTC)

  • Bandaraya (LRTBRAYA)

  • Pudu (LRTPUDU)

  • Bandar Tasik Selatan (LRTBTS)

  • Putra Heights (LRTPH)

Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AirAsia Ride, berkata, “Kami berbangga untuk berkongsi berita baik ini dengan pengguna PULSE dan pengguna AirAsia Ride. Sepanjang beberapa dekad, sistem LRT tanpa jemu membawa penumpang merentasi Lembah Klang, dan merupakan satu penghormatan kami untuk mempertingkatkan lagi sistem pengangkutan awam di Lembah Klang dengan membantu penumpang melakukan perjalanan dengan selamat dan dengan nilai yang lebih baik untuk keperluan permulaan dan pengakhiran perjalanan dan pengangkutan pergi dan balik stesen LRT.”

Puan Fa’izah Khairuddin, Fa’izah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), berkata, “Kami teruja untuk menjalin kerjasama ini dengan AirAsia MOVE untuk memanfaatkan kedudukan pasaran AirAsia Ride yang semakin berkembang dalam ruang e-hailing untuk menyokong visi kami sendiri untuk menjadikan perjalanan harian bagi pengguna pengangkutan awam kami sebagai pengalaman yang mudah dan positif. Perkongsian itu akan membentuk semula cara kami mendekati perjalanan pertama dan terakhir, meningkatkan kecekapan, dan membuka jalan bagi ekosistem perjalanan yang lebih bersepadu dan lancar. Ini adalah untuk memajukan lagi objektif yang lebih besar untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, sejajar dengan visi menyeluruh Kerajaan untuk mencapai sasaran perkongsian mod pengangkutan awam sebanyak 40% menjelang 2030.”

Ikuti perkembangan terkini dengan segala-galanya daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram, Threads & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemaskini terkini mengenai tawaran airasia Superapp! 

Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp (yang bakal dikenali sebagai airasia MOVE) di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.