AirAsia Indonesia lancar penerbangan terus dari Jakarta ke Kota Kinabalu, laluan antarabangsa pertama tahun 2024

Kota Kinabalu, 6 Februari 2024 - AirAsia Indonesia hari ini melancarkan laluan baharu dari Jakarta ke Kota Kinabalu. Ini menandakan laluan antarabangsa pertama yang dikendalikan oleh AirAsia Indonesia pada tahun 2024 dengan menawarkan penerbangan secara terus ke Kota Kinabalu yang juga dikenali sebagai 'Negeri di Bawah Bayu.'

Pengarah Operasi Penerbangan Indonesia AirAsia, Kapten Wuri Septiawan berkata: "AirAsia Indonesia berbesar hati untuk memperluas rangkaian penerbangann laluan antarabangsanya. Pelancaran laluan baharu ini juga menandakan sokongan kami kepada kerajaan dalam meningkatkan kesalinghubungan antara Indonesia dan Malaysia.

“AirAsia juga komited untuk meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi Indonesia dan Malaysia. Kota Kinabalu merupakan destinasi pelancongan yang mengagumkan, dan kami berbangga untuk menawarkan laluan ini kepada para tetamu kami.”

Kota Kinabalu merupakan destinasi kelima bagi penerbangan terus dari Jakarta ke Malaysia oleh AirAsia Indonesia, selain laluan Jakarta - Kuala Lumpur; Jakarta-Johor Bahru; Jakarta-Pulau Pinang dan Jakarta-Kuching.

"Laluan ini akan memberikan kemudahan untuk para pelancong dari Indonesia dan Malaysia mengunjungi destinasi pelancongan yang popular di kedua-dua buah negara dengan tambang lebih berpatutan.”

Penerbangan pertama dengan kod QZ 526 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK) dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) pada jam 3:55 petang.

Sempena pelancaran laluan ini, Kapten Wuri Septiawan, Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia Indonesia bersama para Allstars Indonesia disambut oleh Datuk Joniston Bangkuai,  Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah serta Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah; Josie Lai, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar; Jamilah Abd. Halim, Timbalan Pengarah Bahagian ASEAN, Tourism Malaysia; Rafail Walangitan, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Sabah dan Mohamed Rastam Shahrom, Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad

Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata: "Kami berbesar hati menyambut penerbangan pertama AirAsia Indonesia ke Kota Kinabalu. Inisiatif ini bukan sahaja akan memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Indonesia malah akan membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan, budaya, dan ekonomi. Dengan pelancaran laluan baharu ini, kami berharap dapat menyambut lebih ramai pelancong dari Indonesia untuk menerokai pelbagai tarikan unik dan keindahan alam semula jadi di Sabah.”

Konsul Jeneral Republik Indonesia di Sabah, Rafail Walangitan berkata: "Kami berbesar hati dengan pelancaran laluan oleh AirAsia Indonesia ini yang mana akan meningkatkan kesalinghubungan antara Indonesia dan Malaysia. Ini merupakan langkah penting dalam mengembangkan rangkaian antara kedua-dua destinasi serta menawarkan peluang baharu bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan industri pelancongan. Kami akan terus komited untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara ini dengan menawarkan lebih banyak peluang pada masa depan.”

Kota Kinabalu juga dikenali sebagai "KK," merupakan sebuah bandar yang kaya dengan kepelbagaian budaya serta keindahan semulajadi yang menakjubkan yang terdiri daripada muzium, pantai dan gunung tertinggi di Malaysia. Memiliki ketinggian 4,095 meter dari aras laut, para pelancong berpeluang untuk mendaki ke puncak Gunung Kinabalu dan menyaksikan matahari terbit. Destinasi pelancongan popular lain di Sabah termasuk Pantai Tanjung Aru, Muzium Negeri Sabah, Kampung Budaya Mari Mari, Menara Jam Atkinson, Pasar Minggu Gaya Street, KK Waterfront dan Taman Perdana Tanjung Aru.

Menurut data daripada Badan Pusat Statistik Indonesia, pelancong Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan pelancong negara lain yang mengunjungi Indonesia pada tahun 2023 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 16,28% atau 1,901,242. Berdasarkan rekod daripada Jabatan Imigresen negeri Sabah sepanjang Januari hingga November 2023, pelancong Indonesia menduduki tempat ketiga dengan jumlah 78,693 pelancong secara keseluruhan ke Sabah.

Laluan secara terus dari Jakarta ke Kota Kinabalu oleh AirAsia Indonesia dijangka meyumbang kepada usaha kerajaan dalam meningkatkan jumlah pelancong luar yang melawat Indonesia. Sejajar dengan matlamat baharu Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia yang mensasarkan sambutan 14.3 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2024 sebanyak 68% daripada sasaran sebelumnya iaitu 8.5 juta pada tahun 2023.

Industri pelancongan dijangka akan terus melonjak seiring dengan peningkatan eksport dan import. Malaysia merupakan negara keempat bagi barangan import ke Indonesia dan yang kelima bagi eksport menurut Kementerian Perdagangan Republik Indonesia. Oleh itu, pelancaran laluan baharu penerbangan ini akan menawarkan peningkatan aktiviti eksport dan import melalui perkhidmatan kargo.

Jadual Penerbangan Indonesia AirAsia dari Jakarta (CGK) ke Kota Kinabalu (BKI):

Tiket penerbangan dari Jakarta (CGK) ke Kota Kinabalu (BKI) kini boleh dibeli melalui aplikasi airasia MOVE, laman web airasia.com, Pusat Perjalanan & Perkhidmatan AirAsia (ATSC), agensi perjalanan dalam talian dan ejen penjualan tiket yang sah. Untuk tempahan kumpulan 10 orang atau lebih, para tetamu boleh menghubungi AirAsia di groupbooking_id@airasia.com.

Para tetamu digalakkan untuk terus mengemaskini dengan maklumat terkini, aktiviti dan promosi daripada Indonesia AirAsia dengan mengikuti akaun rasmi di laman Twitter (twitter.com/airasia_indo), Facebook (facebook.com/airasiasuperapp.id) dan Instagram (instagram.com/flyairasia.id).

AirAsia Indonesia juga menekankan kepentingan kepada para penumpang untuk mematuhi keperluan perjalanan terkini yang ditetapkan oleh kerajaan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat