AirAsia lancar laluan kesembilan ke Thailand dengan penyambungan semula penerbangan Kuala Lumpur-Pattaya
Terbang ke destinasi terkenal di Thailand dengan tambang menakjubkan daripada RM99* termasuk semua sehala
SEPANG, 12 Mac 2024 - AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hari ini mengumumkan penyambungan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pattaya, Thailand dengan tiga penerbangan mingguan bermula 17 Jun 2024.
Penyambungan semula laluan ke Pattaya ini menandakan laluan terus kesembilan syarikat penerbangan ini ke Thailand dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang selepas pandemik selain Bangkok (Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang), Bangkok (Lapangan Terbang Suvarnabhumi), Krabi, Chiang Mai, Phuket dan Hatyai. Pengumuman ini juga tepat pada masanya berikutan pelancaran kempen 'Takeover Thailand' baru-baru ini oleh AirAsia untuk mempromosikan Thailand sebagai destinasi pelancongan pilihan untuk pengembara dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan lain-lain.
Pattaya adalah bandar kelapan terbesar di Thailand dan merupakan destinasi pelancongan popular oleh pengembara dari dalam dan luar negara. Destinasi ini menawarkan pelbagai tarikan seperti keindahan pantai Koh Larn, kemeriahan Pasar Terapung Pattaya dan banyak lagi. Pada tahun 2019, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada 60,000 pengembara antara Kuala Lumpur dan Pattaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: “Kami berbesar hati untuk mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan ke Pattaya dengan laluan terus dari Kuala Lumpur. Penambahan kepada rangkaian luas di Thailand ini membuktikan komitmen berterusan kami untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses ke bandar kedua seperti Pattaya. Pada tahun 2023, hampir 2.7 juta tetamu telah terbang dari Malaysia ke Thailand dan kami yakin bahawa penyambungan laluan popular ini akan meningkatkan lagi jumlah pengembara ke dan dari Thailand pada tahun ini, seterusnya manjayakan kempen 'Takeover Thailand' kami.”
Bagi meraikan penyambungan laluan ini, penerbangan ke Pattaya (U-Tapao) kini tersedia untuk ditempah mulai hari ini hingga 24 Mac 2024 dengan tambang daripada RM99 termasuk semua* sehala dan daripada THB990 termasuk semua* sehala antara Kuala Lumpur dan Pattaya untuk tempoh perjalanan antara 17 Jun 2024 dan 16 Jun 2025. Tambang promosi ini boleh didapati untuk tempahan di airasia.com dan AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp).
Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Pattaya - U-Tapao (UTP):
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja daripada RM99, termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.